Home

Tuesday 10 May 2011

Cuba bunuh diri dgn minum minyak masak???

KLANG – “Saya menyesal kerana bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesan akan dihadapi,” demikian menurut lelaki yang mahu dikenali sebagai Razali, 28, diselamatkan dua wartawan Sinar Harian dalam kejadian cubaan membunuh diri gara-gara putus cinta, kelmarin.


Razali bekerja di sebuah kilang di Seksyen 20 berkata, dia bersyu-kur kerana masih bernyawa setelah diselamatkan dua wartawan Sinar Harian.

“Jasa mereka berdua akan saya kenang sampai bila-bila.

Jika mereka tidak datang membantu, saya tidak tahu apa nasib akan saya hadapi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam.

Mengimbas kembali kejadian Razali mendakwa, dia mengambil tindakan itu kerana tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya memutuskan perhubu-ngan mereka yang terjalin sejak tiga tahun lalu.

“Saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari dia (teman wanita) meminta putus. Ketika itu, saya amat tertekan.

“Saya membuat keputusan minum minyak masak dan menggunakan tali pinggang sebagai jalan terakhir penyesalan,” katanya yang turut mendakwa sering mengalami tekanan perasaan yang serius.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana dia boleh menghantar SMS kepada wartawan Skuad Subang, Nur Farhana Abdul Manan, Razali berkata, wanita itu pernah membuat liputan di kawasan rumah keluarganya di Subang.

“Saya simpan kad dia (Nur Farhana) beri. Selepas minum minyak masak, saya terus maklumkan kepada dia,” katanya.

Mangsa ketika ditemui memberitahu, menyesal dengan per-buatannya itu.

Kelmarin, wartawan Sinar Harian, Nur Farhana dan Nurul Riduan Nor Ashaha berjaya menyelamatkan nyawa Razali yang ketika itu tidak sedarkan diri di rumahnya di tingkat lima di Apartmen Sri Nervillia, Kota Kemuning.

Lelaki itu menghantar SMS kepada Nur Farhana, kira-kira jam 3.49 petang memaklumkan tindakannya itu.

Kedua-dua wartawan itu kemudiannya bertindak menyela-matkan mangsa selepas menerima SMS kedua darinya.

Sementara itu, sumber polis berkata, kejadian itu masih dalam siasatan.

“Kita akan menghantar lelaki itu untuk menjalani ujian kesihatan bagi memastikan sama ada dia waras atau sebaliknya ketika cuba membunuh diri,” katanya.

Sumber Sinar harian

No comments:

Post a Comment