Home

Friday, 27 May 2011

Jam Lonceng yang Cool...

Post ini perlu dibaca dengan teliti untuk mengetahui kenapa jam loceng ini semua annoying. Jam loceng merupakan antara medium pengajut subuh yang sangat efektif. Berikut adalah beberapa jenis jam loceng yang sangat cool tapi annoying.

1) Flying Alarm Clock

jam loceng boleh terbang
jam loceng boleh terbang
Sila jangan salah anggap bukan jam loceng ini yang boleh terbang tetapi pemaling yang dekat atas tu yang boleh terbang. Kenapa dia annoying? hehehe sebab kalau nak matikan jam loceng ini anda perlu letakkan semula pemaling yang terbang bila jam itu berbunyi. 

2) Darth Vader Alarm Clock

jam loceng bentuk darth vader
jam loceng bentuk darth vader
Peminat Star Wars pasti sukakan jam loceng ini ianya sangat cool. Kenapa dia annoying? haha ntahlah jam ini terkecuali kot.. :D 

3) Dynamite Alarm Clock

jam loceng berbetuk dinamit
jam loceng berbetuk dinamit
Jam ini bukan sahaja berbentuk dynamite, tetapi untuk mematikan jam loceng ini, anda perlu mencabut wayar yang betul. Jika salah cabut jam ini akan berbunyi lebih kuat. Annoying sungguh bukan? hohoo 

4) Puzzle Alarm Clock

jam loceng puzzle
jam loceng puzzle
puzzle alarm clock
puzzle alarm clock
Walaupun terdapat 2 jam yang berbeza, tetapi fungsi dan cara untuk annoying juga sama. Untuk mematikan jam ini, anda perlu selesaikan puzzle yang terdapat di situ. 

5) Laser Tag Alarm Clock

jam loceng dengan laser
jam loceng dengan laser
Jam loceng ini agak maju dan annoying. Untuk mematikan jam ini, anda perlu memancarkan laser tepat pada sasarannya. Sangat sukar bagi mereka yang mamai di pagi hari. 

6) Discovery Alarm Clock

jam loceng istimewa
jam loceng istimewa
Ianya kelihatan seperti jam loceng biasa, tapi percayalah ianya tidak. Jam ini bukan sahaja boleh mengejutkan anda di pagi hari, tetapi ia dapat memancarkan imej galactic di siling anda. Pilih sahaja gambar bulan, bintang atau venus.

7) Clocky

jam yang paling annoying
jam yang paling annoying
Jam ini kelihatan seperti comel dan catik dengan beraneka warna. Tetapi percayalah, inilah jam yang paling annoying sekali. Apabila telah tiba waktunya, jam ini akan melarikan diri dengan bantuan roda yang ada padanya. Untuk mematikannya anda perlu kejar jam ini. Pakej lengkap bangun pagi dan terus senaman..hahahahaa

No comments:

Post a Comment