Home

Monday 23 May 2011

SURIA FM masih nombor 1 di Malaysia!!

Suria FM mencatatkan keputusan luar biasa bagi kaji selidik radio Nielson pertama tahun 2011. Keputusan membuktikan bahawa kedua-dua stesen berbahasa Melayu dan Inggeris ini berjaya kekal sebagai peningkatan jumlah pendengar tertinggi. Suria FM menunjukkan pertumbuhan peningkatan tahun ke tahun tertinggi bagi stesen radio Melayu yang mana kenaikan jumlah pendengarnya ialah sebanyak 48% dan 103% bagi pendengar eksklusif.

Kedudukan radio Suria FM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan peningkatan yang ditunjukkan setiap hari. Melihatkan kepada persembahan yang ditunjukkan, segment Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi meningkat sebanyak 81%, Suria Drive bersama Linda Onn pula meningkat sebanyak 62% dan segment 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti dari jam 8 malam – 11 malam bersama Tyzo meningkat tinggi sebanyak 77%.

Jumlah pendengar di kalangan penduduk sekitar bandar meningkat sebanyak 63% dan 40% peningkatan bagi pendengar dari kategori pekerja kolar putih. Kajian kali ini juga menunjukkan pendengar yang berpendapatan diantara RM2000 hingga RM5000 semakin bertambah sehingga 36%.

No comments:

Post a Comment