Home

Thursday, 26 May 2011

Panduan membeli rumah..



Bidang hartanah sedang  membangun begitu pesat sekali, dengan itu wajarlah pembeli menilai beberapa perkara penting sebelum membuat keputusan. Di ingatkan juga agar pembeli tidak tergesa-gesa mengambil keputusan sekiranya ejen jualan hartanah/kediaman memaksa supaya anda menerima sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu. Beberapa perkara yang perlu diambil berat sebelum membeli hartanah:

1). Anda mesti tengok dari saiz dan harga hartanah itu adakah bersesuaian dengan keadaan tempat.

2.) Mesti membuat jangkaan pernilaian harga pada masa hadapan.

3).Jenis dan kondisi tanah kawasan

4).Tahap pembinaan di kawasan itu.

5). Kemudahan utiliti seperti air, elektrik, telefon dan lain-lain keperluan.

6). Pusat membeli belah atau kedai yang berdekatan

7). Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kejiranan itu.

8). Sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, nakanan dan sebagainya.

9). Lawat kawasan tersebut semasa waktu hujan yang teruk untuk memastikan ia bebas daripada bencana banjir.

10). Kos insurans bagi kawasan itu.

11). Memastikan kawasan itu berdekatan dengan kawasan kerja anda, isteri atau pengasuh anak-anak.

12). Jenis pengankutan awam yang terdapat di kawasan itu.

13). Jika kawasan itu adalah penempatan lama, cuba dapatkan maklumat dari jiran-jiran untuk mengetahui lebih lanjut keadaan kawasan itu. Dari segi keselamatan, pencemaran dan sosial.

14). Anda bersedia pada harga yang ditawarkan. Harga akan berubah-ubah dari satu fasa ke satu fasa berikutnya. Bersedia dengan kos tambahan untuk rumah diubah suai dan lain-lain perkhidmatan.

15). Peka terhadap alam sekitar dan pastikan pembangunan masa depan yang dirancang.

No comments:

Post a Comment