Home

Thursday, 26 May 2011

tips melindungi selipar anda heheh

* tips ini, saya copy dari blog seorang kawan, mungkin boleh jadi panduan kepada yang berkenaan.. heheh


1. Jangan memakai sandal yang branded, seperti Adidas, Nike, Dr Cardin,Crocs, Timberland dan sebagainya sebaliknya gunakan yang berjenama tiruan seperti Abibas, Naik, Dr Kakdin,Broks, Selambaland dan lain-lain..

2. Jika anda terpaksa memakai sandal branded, simpanlah sandal anda di tempat yang jauh, misalnya sandal sebelah kanan anda letak di Masjid Jamek, sandal yang sebelah kiri anda letak di Masjid India.


3. Letakkan password dan alarm pada sandal anda.


4. Pasanglah kamera & 
tracker dengan GPS secara tersembunyi pada sandal anda, agar anda boleh memantau dimana posisi sandal anda jika sandal anda di curi. Nak letak kotak hitam pun boleh.

5. Jadikan sandal anda sebagai aksesori yang boleh dikalungkan dileher atau jadikan sebagai anting-anting.


6. Buat kotak untuk anda simpan sandal anda seperti bentuk kotak derma, selain sandal anda selamat dari dicuri,  anda juga akan mendapatkan sumbangan amal.


7. Gunakanlah sandal yang berbeza, sandal sebelah kanan warna pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri warna kuning dengan hiasan kepala tengkorak.


8. Gunakanlah saiz sandal yang berbeza, contohnya sandal sebelah kanan bersaiz 37, dan sebelah kiri bersaiz 45.

9. Gunakan sandal yang sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya kanan atau kedua-duanya kiri.


10. Modified sandal anda dengan menambah manik-manik, butang dll atau dan membuat lubang di tengah sandal anda, sehingga sandal tidak boleh dicuri kerana pencuri pun xde mood nak curi.


11) Letakkan sehelai kertas di atas sandal anda yang berbunyi ‘
Sandal ini Ajoi yang punya ’ ; ‘Sandal ni murah, jual tak laku’ atau anda tulis pengumuman begini ‘Ini bukan sandal..! sumpah ini bukan sandal..!

12)  Tips terakhir , paling ampuh dan yang paling berkesan ialah :
Pakailah selipar jepun atau kasut, supaya anda tidak akan kehilangan sandal..

No comments:

Post a Comment