Friday, 27 May 2011
Rahsia Pemain Jepun Berlari Di Atas Padang Tanpa Lelah
Kali ni rahsia paling besar dalam sejarah bolasepak Jepun akan dibongkar. Haha. Selepas ini tidak dipanggil rahsia sudah.
Okeh, pemain sayap Jepun Yuto Nagatomo yang menjadi nadi kepada kemenangan Jepun dalam Piala Asia baru-baru ini menewaskan Kanggaroo yakni Australia telah mendedahkan mengapa beliau kekal bertenaga di atas padang. Jawapannya bukan Power Root mahupun Kacip Fatimah tetapi buah Plum! Ya buah Plum!
Nagatomo yang terkenal dengan hantaran silangnya yang membuatkan sesiapa saja yang menanduk bola crossnya berupaya menjaringkan gol hatta seorang budak Milo sekalipun kini bermain untuk Inter Milan.
Translate dari bahasa Indon "Aku selalu memakan manisan buah plum sebelum pertandingan. Kaya kandungan asam sitrat, buahplum mampu membuatku bisa terus berlari tanpa merasa lelah,"
Namun Nagatomo sering mengeluh kerana kesukarannya mendapatkan manisan Plum di Italy. Lantas beliau telah mengoder beribu-ribu stok Plum sebagai bekalan di atas padang. Yeah!!
Selepas ini mungkin pemain-pemain Malaysia yang cepat letih boleh mencuba untuk memakan Plum demi kelangsungan di atas padang. Sekian, iklan buah Plum ini dibawakan khas oleh Plum2 Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment