Home

Thursday, 26 May 2011

UPKO mahu 'sultan sulu' diusir dari Sabah

KOTA KINABALU 25 Mei, UPKO menggesa Kerajaan Persekutuan khususnya KementeriN Dalam Negeri segera mengusir 'sultan sulu' Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad dari Malaysia.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata tindakan akjan yang mendakwa dirinya sebagai sultan sulu ketika,berpijak di bumi Malaysia adalah penghinaan langsung kepada Agong pemerintah tertinggi negara yang berdaulat.
Datuk Seri Wilfred bumburing


"ia juga adalah cabaran langsung kepada Yanag Dipertua Negeri" katanya dalam satu kenyataan.
Akjan mengisytharkan dirinya sebagai 'sultan sulu' di kampung Likas pada 2 Februari lalu.
Bumburing yang juga MP Tuaran berkata 'pertabalan Akjan', seorang bekas tahanan ISA kerana mengeluarkan kad pengenalan palsu Malaysia, juga adalah satu penghinaan kepada pelembagaan berhubung kewarganegaraan.
daripada apa yang telah berlaku, beliau berkata ia menimbulkan keraguan munasabah terhadap status Akjan sebagai warganegara Malaysia.
"oleh itu kewarganegaraannya patut dibatalkan, maykadnya diistyharkn tidak sahdan dia perlu dihantar pulang segera bersama-sama dengan mereka yang terlibat dengan 'pertabalannya'".
"ini secara jelas adalah satu jenayah penderhakaan tahap tinggi" katanya.
Beliau turut menggesa Kemeterian Dalam Negeri dan kerajaan agar bertindak positif terhadap memorandum yang belaiu serahkan kepada Kementerian disember lepas di mana beliau bangkitkan sekali lagi ketika sidang Parlimen pada Mac tahun ini.
Beliau berkata Jun thun lepas, Kementerian Dalam Negeri mencabar beliau untuk mengemukakan bukti sebarang pendatang asing yang diberikan Mykad atau kewarganegaraan melalui cara yang salah dan beliau telah mengumpulkan fakta-fakta tersebut.

Pengumpulan fakta itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri, katanya

bumburing berkata Memorandum yang beliau serahkan kepada Kementerian adalah permohonan kepada Kerajaan agar membatalkan kesemua kad pengenalan malaysia yang diberikan kepada warga asing yang tidak layak.
"mereka pernah mengeluarkan arahan sedemikian sebelum ini tapi bilangan pendatang asing yang memperolehi Mykad, anehnya semakin meningkat".
"daripada hanya bertindak balas apabila mereka melihat dan menyedari isu-isu ini adalah antara yang dibangkitkn oleh Mp Sabah dalam setiap sesi Parlimen, mereka sepatutnya mengambil tindakan positif sekarang untuk menyelesaikan apa yang dianggap oleh setiap rakyat Sabah sebagai punca kepada segala masalah" katanya.
"sikap tidak hormat oleh Menteri Dalam Negeri terhadap permintaan warganegara Malaysia yang tulen di Sabah akan menjejaskan gagasan 1malaysia dan simpanan tetap".
hakikatnya, beliau berkata gagasan tersebut dan label "simpanan tetap' yang diberikan kepada Sabah akan diperkecilkan akibat timbunan isu yang belum selesai yang sentiasa diketepikan oleh Kerajaan persekutuan.

Oleh itu, Bumburing sekali lagi menggesa isu ini diselesaikan dengan segera sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
"jika tidak, kita terpeksa menerima balasannya," katanya. Pembangkang DAP sebelum ini turut mempersoalkan kenapa Akjan dibebaskan daripada tahanan, sedangkan tindakannya adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja dan Yang Dipertua Negeri.

No comments:

Post a Comment