Adakah ini berita yang paling malang buat penyokong The Gunners selepas daripada kekalahan pasukan mereka dalam perebutan 3 piala dalam satu minggu ??
Cesc Fabregas telah ditimpa kecelakaan jalan raya !!
Dia ditimpa kecelakaan itu sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat latihan pasukan yang famous dengan gelaran The Gunners iaitu Arsenal..
Fabregas yang sememangnya menjadi tulang belakang pasukan Arsenal selama ini telah mengakibatkan seluruh kem latihan Arsenal menjadi sunyi sepi setelah mendapat berita tentang kecelakaan jalan raya yang menimpa kapten pasukan mereka itu..
Adakah awan mendung bakal sekali lagi menyelubungi Arsenal ??
Berita tentang kemalangan ini seolah- olah memerah asam limau nipis di luka Arsenal yang masih belum sembuh akibat tewas kepada Birmingham sewaktu perebutan Piala Carling dan tersingkirnya Arsenal di pentas Eropah dek kekejaman sang gergasi Sepanyol, Barcelona serta tamatnya perjuangan Arsenal di pentas piala FA Inggeris akibat tidak mampu menyekat kehebatan Manchester United..
Namun kemalangan yang ditimpa Fabregas tu adalah teruk cumalah propa semata- mata.. Fabregas hanyalah ditimpa kecelakaan kecil sahaja.. kereta Mercedes yang dipandunya telah merempuh belakang sebuah kereta Audi A3 akibat dia tidak perasan akan kewujudan sign board yang memberitahu supaya semua pemandu yang merasakan dirinya patuh akan peraturan jalan raya untuk memperlahankan sedikit kenderaan mereka..
Fabregas sudah terlalu lewat menyedari signboard tersebut dan telah terlambat untuk dia mengelak daripada merempuh belakang kereta Audi A3 itu..
Jom tengok gambar kemalangan Cesc Fabregas ini..
No comments:
Post a Comment