Home

Wednesday 11 May 2011

Cheatcode untuk game windows

Sudah lama tidak bermain permainan windows,  tahukah anda, game ni pun ada cheat nya tersendiri juga.. cuba tgok dbawah... kita try, satu demi 1..
Freecell
——-
1. Tekan kekunci [Shift] + [Ctrl] + [F10] secara serentak semasa permainan.
2. Kemudian klik [Abort].
MSHeart
——-
1. Buka regedit, dan pergi ke folder berikut: [HKEY_CURRENT_USER\SOftware\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Applets\Hearts].
2. Kemudian, tambah String Value baru bernama ZB.
3. Letakkan nilai Value data kepada 42.
4. Klik OK.
5. Sekarang semasa memulakan permainan baru, anda boleh menekan kekunci [CTRL + ALT + SHIFT + F12] untuk melihat kad dari orang lain.
Minesweeper
————
1. Tukar background wallpaper anda kepada warna hitam.
2. Mulakan permainan.
3. Kemudian taip huruf berikut X Y Z Z Y satu per satu.
4. Kemudian tekan SHift (kiri) pada keyboard anda.
5. Halakan kursor pada petak-petak solitaire.
6. Jika terdapat tanda kecil berwarna putih pada skrin monitor bahagian bucu atas-kiri, maknanya tiada bom. Jika tiada tanda, maknanya terdapat bom. Senang bukan?
Solitaire
——-
1. Gunakan mode Draw Three semasa memulakan permainan.
2. Semasa permainan, hold kekunci [CTRL + Shift + Alt] dan klik pada kad tersebut.
3. Secara automatik ia akan Draw One dan bukan Draw Three.
OK. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment