Home

Wednesday 11 May 2011

Cara-Cara Melepasi Website Blocker Di Universiti Atau Sekolah

A) Free Gate (Web Tunnel)
Free Gate merupakan salah satu dari ‘web tunnel’ yang popular setakat ini. Pada asasnya FreeGate dibina untuk melepasi sistem sekatan laman web (websense) yang diwujudkan oleh kerajaan China. Mungkin disebabkan kelajuan yang agak memberangsangkan, FreeGate telah berjaya menjadi antara web tunnel yang paling banyak digunakan bagi melepasi sistem websense. Setakat ini, FreeGate belum mengecewakan saya. Muat turun Free Gate di sini.
B) Vidalia (Tor)
Vidalia merupakan komponen yang dihasilkan di bawah projek Tor iaitu sebuah projek yang memperjuangkan konsep ‘open network’ dan ‘anonymity’ kepada setiap pengguna Internet. Ianya berkesan melindungi identiti lokasi dan rekod Internet anda. Meskipun tahap kejayaan menggunakan Vidalia adalah hampir 90%, terdapat kelemahan dari segi kelajuan Internet ketika menggunakannya. Secara asasnya, Tor terbahagi kepada empat komponen iaitu Vidalia, TorButton, Check dan juga Tor Browser. Apa yang membuatkan Hollowgram (http://beritacrawlerz.com/hollowgram/) tertarik dengan Tor adalah ianya boleh diintegrasikan dengan Mozilla Firefox. Muat turun Tor di sini.
C) Cara lain
Meskipun terdapat pelbagai cara lain untuk melepasi sistem websense seperti penggunaan web proxy dan juga ip changer. Namun, cara yang paling efektif setakat ini adalah menggunakan web tunnel dan Tor.

No comments:

Post a Comment