Home

Tuesday 10 May 2011

Aimi Jarr Meninggal Dunia

Allahyarham Aimi Jarr
HULU KLANG: Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yangjuga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Anak Bongsunya, Romy Jarr, 34 berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang petanda dan sakit sebelum ini.
"Ketika ingin mengejutkannya pagi tadi, badan arwah sejuk dan mulut berbuih.
"Saya ingin membawanya ke hospital tetapi melihat keadaan tersebut kami hanya memanggil doktor untuk buat pemeriksaan," katanya ketika ditemui di Masjid Klang Gate Baru di sini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr, 34.
Dalam pada itu, Romy berkata, Allahyarham merupakan seorang yang aktif dan tidak pernah jatuh sakit.
"Sebelum ini dia memang menghidap kencing manis dan Parkinson tetapi dia tidak pernah jatuh sakit sehingga ditahan di hospital.
"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.
Katanya, sebelum ini, Allahyarham sempat berpesan agar memikultanggungjawab untuk menjaga keluarga.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang

No comments:

Post a Comment