Peminat-peminat atau fans pasukan Liga Perdana Inggeris Arsenal mesti sudah tahu akan hal ini, biasalah kalau sudah namanya peminat..setiap perkembangan pasukan mereka mesti di ambil tahu. Bukan sahaja mengenai pasukan atau kelab tersebut malah isu peribadi setiap individu dalam pasukan pun amek tau! Normal la tu..
Okey, kepada yang belum tahu..Arsenal telah pun mengeluarkan jersi atau shirt bola untuk pasukan mereka. Ia bersempena sambutan 125 tahun penubuhan kelab tersebut. Masih lagi di taja oleh Nike dan sentuhan dari penaja sukan terbaik itu memang menarik. Nak tahu camna? tengok bawah ni.
Rekabentuk atau design terbaru :
- Kolar tiada warna putih tetapi masih dengan bentuk bulatan.
- Tiada bulatan merah pada lengan.
- Perubahan ketara yang dapat dilihat adalah pada logo Arsenal tersebut. Ia hanya berbentuk monotone yang ringkas dan terdapat kalungan pada logo tersebut menandakan ia sudah bertahan 125 tahun.
Jadi kepada peminat-peminat Arsenal FC di luar sana. Bergegaslah anda untuk mendapatkan kit/jersi terbaru dari pasukan bola sepak kesayangan anda ini.
No comments:
Post a Comment