Home

Thursday 5 May 2011

Dato' Siti Nurhaliza ditawarkan RM1 juta untuk berlakon

Petikan daripada HarianMetro.. Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya. Bagaimanapun, Dato' Siti menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.


“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.

“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya.
**ppsst*** ada adegan peluk2, untung lah hero nya hahahaa... nway, setakat 1 juta.. siti x heran sangtlahh

No comments:

Post a Comment