Home

Tuesday, 5 July 2011

Toolbar Cleaner – Buang Toolbar Yang Tidak Digunakan Pada Pelayar Internet


Kebanyakkan aplikasi/perisian yang dimuat turun kadang-kadang mempunyai toolbar untuk pelayar internet. Bagi eT kewujudan toolbar ini pada pelayar yang aku gunakan (Firefox 5) amatlah mengganggu. Ia juga membuatkan ruang paparan laman web yang dibuka menjadi kecil. Selain dari itu, toolbar ini juga mengganggu masa loading sesetengah pelayar internet. Bagi yang tidak tahu cara untuk membuang toolbar tersebut pasti mengganggu kelancaran semasa melayari internet, kerana kadang-kadang memerlukan scroll yang banyak. Selalunya, toolbar korang dapat membuangnya secara manual, boleh memilih untuk memasangnya atau tidak dan lebih teruk lagi tiada fungsiuninstall. Jika korang masih belum faham apakah itu toolbar, sila rujuk gambar dibawah.

Contoh Kedudukan Toolbar Pada Pelayar Internet
Aku harap pembaca blog ini tidak mempunyai bilangan toolbar yang banyak seperti gambar diatas. Jadi hari ini eT ingin memperkenalkan satu aplikasi percuma yang dapat membantu korang membuang toolbar-toolbar yang korang tidak menggunakan. Aplikasi yang aku maksudkan adalah Toolbar Cleaner. Aplikasi ini akan melakukan imbasan pada kesemua pelayar internet yang dipasang didalam komputer korang sendiri dan memberitahu apakah toolbar yang telah dipasang pada pelayar internet tersebut. Toolbar Cleaner ini adalah aplikasi yang korang boleh muat turun secara percuma.
download tools ini d sini: http://toolbarcleaner.com/

No comments:

Post a Comment