1. Kunci botol
Seperti namanya, kunci ini digunakan untuk mengunci botol kaca. Tujuan? Mungkin untuk mengelakkan orang lain daripada curi air dalam botol . Cara guna? Cuma masukkan 3 kombinasi nombor, dan pusingkan bahagian atas kunci botol untuk mengunci. simple..
2. Kunci Pendrive/Thumbdrive
Pendrive atau thumbdrive merupakan alat yang sangat berguna dan penting buat masa kini. Banyak maklumat penting, gambar, lagu, dsbnya boleh disimpan dalam alat tersebut, bergantung kepada saiz memori. Mungkin ada sesetengah daripada data tersebut merupakan maklumat rahsia atau sensitif. Jadi tentu kita tidak mahu orang lain tahu maklumat tu kan?
Dengan itu, terciptalah Thanko, sejenis kunci yang boleh digunakan untuk mengunci pendrive/thumbdrive. Thanko menjadikan maklumat dalam pendrive anda selamat daripada dicuri, walaupun pendrive anda hilang. 3 kombinasi nombor diperlukan untuk mengunci atau membuka kunci tersebut.
3. Kunci Kombinasi Perkataan
Kebanyakan kunci dicipta memerlukan kombinasi berbentuk nombor. Tetapi berbeza dengan kunci jenis ini, ia membolehkan kita untuk set kombinasi berbentuk perkataan. Kunci jenis ini memang amat berguna untuk mereka yang susah untuk mengingati kombinasi nombor.
4. Kunci Peti Sejuk
Kadang-kadang kita pasti rasa rimas atau tidak suka bila ada rakan-rakan yang suka datang rumah dan dengan selamber habiskan makanan atau minuman yang ada dalam peti sejuk. Lagi-lagi rumah bujang. Jika korang hadapi masalah ni, cuba dapatkan kunci peti sejuk. Dijamin makanan korang dalam peti sejuk selamat daripada dikebas. Hehehehe.. (bagi yg jenis kedekut tahap gaban)
5. Kunci Mustahil??
Kunci yang diberi nama kunci mustahil ini agak pelik kerana pencipta kunci ini mempunyai idea yang sedikit berlainan. Untuk membuka kunci ini, pengguna perlu menggunakan kunci yang diberi dan menyelesaikan puzzle yang agak susah pada badan kunci tersebut. Aku pun tak tau kenapa orang cipta kunci macam ni. Kalau time urgent, memang sure pening kepala...
6. Kunci Offensive
Kunci ini rasanya yang terbaik antara yang terbaik. Sebab kunci ni boleh menyerang pencuri yang cuba membuka kunci ini secara paksa. Kunci ini akan mengeluarkan semburan cecair berwarna kepada pencuri. Walaupun kita mungkin tak dapat melindungi barang yang dicuri, sekurang-kurangnya pencuri tersebut terima balasannya dan mungkin senang nak cari pencuri tu.
Jadi, bagaimana kunci ni dapat menyembur cecair berwarna? Smartlock mempunyai gas mampat serta cecair berwarna dibahagian dalam sepanjang kunci. Jadi bila dibuka secara paksa, mungkin dengan memotong, gas akan menolak cecair berwarna dalam kunci itu dan menyembur pencuri. Memang satu kunci yang sungguh bijak. Hehehe..
No comments:
Post a Comment