Home

Friday, 15 July 2011

Kereta mewah di majlis pertunangan anak bos F1

LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone membiayai penyanyi Rihanna yang menaiki sebuah helikopter dari Paris ke London untuk menghiburkan tetamu dalam majlis pertunangan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Selain Rihanna, sebuah kereta Bugatti Veyron F1 yang bernilai £800,000 (RM3.92 juta) dan

dianggap kereta terbaik pernah dihasilkan turut dipamerkan dalam majlis pertunangan itu.

Rihanna dibayar £250,000 (RM1.22 juta) untuk menyanyikan enam buah lagu.

Majlis pertunangan anak perempuan Bernie, Petra dengan seorang ahli perniagaan, Jamie Stunt berlangsung baru-baru ini.

Ia diadakan di dewan Stesen Kuasa Battersea di sini dan dihadiri 300 tetamu Petra termasuk kerabat diraja Britain, Puteri Beatrice dan kekasihnya, Dave Clark.

Kereta Bugatti Veyron berwarna putih itu dibawa dengan menggunakan sebuah lori. - Agensi

No comments:

Post a Comment