**klik read more**
Rumah dengan keluasan 4.8m x 4.8 m x 5.5m itu berjaya diterbangkan dengan menggunakan 300 biji belon yang diisi dengan gas helium dan usaha keras serta kepakaran pasukan saintis, jurutera, juruterbang belon udara, dan sepasukan sukarelawan. Mereka berjaya menerbangkan rumah ini setinggi 10 ribu kaki selama dua jam di sekitar padang pasir di Carlifornia. Lebih menarik, ada dua orang krew yang turut berada di dalam rumah itu.
Rumah ini bukanlah rumah sebenar, tetapi rumah yang dibina khas, iaitu lebih ringan daripada rumah sebenar. Menurut Penerbit Eksekutif Ben Bowie," Kami mendapati bahawa ada kemungkinan untuk menerbangkan rumah sebenar."
Eksperimen ini adalah sebahagian daripada siri TV How Hard Can It Be? terbitan National Geographic yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Selain sebagai eksperimen, usaha ini berjaya memecahkan rekod dunia menerbangkan belon berangkai terbesar yang pernah dicuba oleh manusia.
No comments:
Post a Comment