Home

Monday, 11 July 2011

cerita pengajaran..

*di copy paste dr Blog kawan
Cerita ini diriwayat kan oleh Pak Tam Aku. Kisah ini aku rasa ramai orang pernah dengar.

******

Kisah sebuah keluarga, seorang anak kecil,seorang ayah yang sudah tua dan seekor keldai yang keding. Mereka hidup mengembara (gua tau la..nomad namanya kan). Mereka bergerak dari satu kampung ke satu desa, berniaga katanya (Jangan tanya aku dia meniaga apa). Oleh kerana mereka ada keldai, ayahnya menyuruh anaknya yang kecil (anggaran dalam darjah satu la) untuk menaiki keldai tu.

Setelah jauh berjalan,tiba la kat kampung pertama. Mereka lalu disebuah pasar dan terdengar orang berkata :

"Apalah punya anak! tak kesian ke kat ayah dia tu berjalan.Dah la tua bongkok pulak tu. Sepatutnya bagi la ayah dia yang tunggang keldai tu"

******

Setelah puas dikampung pertama, mereka teruskan perjalanan lagi. Tapi kali ini anak dia bagi ayah dia pulak naik keldai tu. Dan sampai lak mereka kat kampung kedua. Kebetulan mereka lalu disebuah kedai makan yang ramai orang. Mereka pun terdengar orang berbisik-bisik :

"Tak guna punya ayah, kenapalah biar anak kecil tu berjalan. Dia senang lenang duduk atas keldai"

******

Habis berniaga kat kampung tu, mereka berjalan lagi. Kali ni lain pulak, lepas dengar komen-komen dari penduduk 2 kampung tu. Sekarang kedua-duanya naik keldai mereka. Agak-agak dalam 10km berjalan, sampai kat kampung seterusnya. Mereka nak pergi ke pasar, lalu pulak kat sekumpulan mak cik yang sedang berborak. Kali ini lain pulak yang mereka dengar :

"Apa lah anak beranak ni. Kesian keldai tu. dah la kurus, bawak dua orang pulak. Gigil-gigil aku tengok keldai tu"

******

Mereka berjalan lagi, dan kali ini tindakan mereka yang paling terbaik lepas komen-komen orang sebelum ini. Kedua-duanya tak menaiki keldai tu, tapi berjalan. Tiba dikampung terakhir, mereka kecewa juga sebab dengar pulak orang cakap :

"Bodoh punya orang!Ada keldai tak naik, berjalan pulak"

******

Kesimpulan :
-Tak dapat puaskan hati semua orang.
-Orang taka akan berhenti berkata.
-Pandangan orang kena terima juga,tapi kena tapis la.

No comments:

Post a Comment