Home

Friday 8 April 2011

Venezuela bergelap seketika

CARACAS 07 april 2011: Bekalan elektrik terputus di hampir seluruh Venezuela, menjejaskan pengeluaran minyak dan sistem transit metro Caracas, sekali gus memeningkan Presiden Hugo Chavez hanya beberapa bulan selepas dasar catuan elektrik mengurangkan populariti beliau.

Khidmat tren transit terhenti ketika waktu puncak sebelah petang dan menyebabkan ribuan penumpang
erkandas.

Kerajaan Chavez dikritik kerana tidak membuat cukup pelaburan bagi meningkatkan penjanaan tenaga elektrik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara pengeksport minyak itu.
Bekalan elektrik disambung semula di kebanyakan negeri dan ibu negara selepas insiden yang menghentikan sebentar kapasiti pengeluaran 17,500 megawatt Venezuela itu.

Namun, banyak negeri terputus bekalan semula untuk tempoh singkat di sebelah malam bagi mencatu bekalan ketika sistem grid mula stabil.

Naib Presiden, Elias Jaua mempersalahkan kebakaran hutan yang merosakkan kabel 800-kilowatt sebagai punca masalah itu. - Reuters (berita Harian)

No comments:

Post a Comment