Home

Monday 11 April 2011

Sultan Selangor gantung darjah kebesaran Kong Choy

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk kepada Tan Sri Chan Kong Choy (atas) berikutan tiga pertuduhan yang dihadapi bekas Menteri Pengangkutan itu di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Baginda turut menarik balik gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara pada 29 Oktober tahun lalu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam berkata Sultan Selangor berkenan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.
Katanya, Kong Choy yang dikurniakan darjah kebesaran itu pada 2003 didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan tetapi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

"Penggantungan darjah kebesaran ke atas Kong Choy dibuat selepas mempertimbangkan bahawa pertuduhan dihadapinya serius kerana ia membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

“Penggantungan ini akan disemak semula selepas mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Kong Choy adalah bekas Menteri Pengangkutan yang kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

No comments:

Post a Comment