Home

Thursday 7 April 2011

Coca-Cola gugurkan Rooney dalam kempen iklan

LONDON: Pengeluar minuman ringan gergasi dunia, Coca-Cola hari ini mengesahkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney digugurkan daripada kempen pengiklanan syarikat itu berikutan beberapa dakwaan yang membabitkan moral pemain itu.




Bintang United yang menyumbat gol tunggal ketika menang ke atas Chelsea 1-0 dalam saingan Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi, "kehilangan" pendapatan
683,000 Euro atau AS$980,000 setahun selepas tidak lagi diambil sebagai 'ikon' promosi produk Coke Zero. Penyerang England itu sudah terkeluar dari syarikat itu September lalu selepas dikaitkan dengan salah laku membabitkan kegiatan pelacuran tetapi hanya disahkan syarikat itu hari ini.

Coca-Cola berkata, kontrak pengiklanannya tidak diperbaharui berikutan kata-kata mengibkan yang diucapkan Rooney di depan kamera ketika United menang ke atas West Ham, Sabtu lalu.

Persatuan Bola Sepak England mengenakan Rooney larangan bermain dua perlawanan selepas pemain berusia 25 tahun itu didapati bersalah atas tindakannya itu. - AFP

No comments:

Post a Comment