Home

Monday 25 April 2011

Diperdaya RM1,000 berlakon di samping Rozita Che Wan

MUAR: Impian seorang lelaki menjadi pelakon dan beraksi bersama aktres Rozita Che Wan selain berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam berkecai apabila menyedari dirinya ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang mendakwa agensi mencari bakat di ibu kota, baru-baru ini.

Danial Ridwan, 26, bukan setakat berkali-kali datang ke pejabat agensi terbabit di bangunan bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KLCC) malah terpaksa membayar
ratusan ringgit setiap kali datang kononnya sebagai bayaran mendapat tempat dalam filem lakonan aktres serta pengarah berkenaan.

“Saya datang ke ibu kota awal tahun lalu sebelum ditawarkan menjalani uji bakat di agensi terbabit dengan janji akan digandingkan bersama pelakon serta pengarah filem terkemuka tanah air.

“Impian menjadi pelakon terkenal hampir menjadi kenyataan apabila saya kononnya ditawarkan berlakon dalam filem Khurafat dan Damping Malam,” katanya.

Danial yang terpedaya dengan tawaran berkenaan kemudiannya diminta supaya membuat sejumlah bayaran iaitu 10 peratus daripada hasil bakal diterima apabila berlakon dalam filem dijanjikan itu.

Menurutnya, dia datang beberapa kali ke pejabat agensi terbabit sejak awal tahun hingga penghujung 2010 bagi menandatangani kontrak lakonan selain membuat bayaran antara RM300 hingga RM1,000.

“Saya mula syak diperdaya apabila filem Bohsia mula ditayangkan sedangkan menurut kakitangan agensi terbabit, saya antara yang bakal beraksi.

“Selepas itu, saya menghubungi Suhan Movie Production dan Skop Production bertanyakan status filem yang bakal saya bintangi tetapi kedua-dua syarikat itu memberi jawapan tidak pernah menawarkan apa-apa watak atau mengenali agensi terbabit,” katanya.
*psssttt, ni jadinya kalo mengidam sangat nak 'berdekatan; dgn RCW..

No comments:

Post a Comment