Home

Thursday 7 April 2011

Daddy....Sex tu ape..?.......

DADDY SEX TU APE!!!!!
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya
menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .

Apa Yang Jadi?!!!
SCROLL DOWN YER....


































NAME : ............. ......... ......... ....
SCHOOL : ............. ........... ......... ....
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :............ .......... ........ ....

Something to make you laugh also something like teen spirit huhu...
Moral:-
~anak si permata hati..layanla kerenah mereka sampai mereka puas dgn jawapan kita...nanti mereka akan layan soalan kita masa tua nanti macam iklan.."tu burung ape...?""Murai ayah...eee pekak ke ayah nie.." aaaaaa...nak anak camtu kee.. :)

No comments:

Post a Comment