Home

Friday 1 April 2011

kisah benar Tukang gantung pesalah

SEBUT saja hukuman gantung, ramai yang berasa gerun. Bagaimana pula jika bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang tugasnya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau sudah menggantung 103 banduan lelaki dan wanita termasuk kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping.

揃ukan mudah mahu mengambil nyawa orang,� kata pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa berusia 48 tahun dan sudah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentu bukan tugas glamor.

揝aya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja itu, maknanya kita sudah sampai pada peringkat akhir, kalau belajar sudah sampai ijazah kedoktoran�, kata Samuel dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Beliau yang mula menjalankan tugas khas ini ketika berkhidmat di Pulau Jerejak yang juga menjalankan tugas sebat berkata, kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.

Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

揝aya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini sejak 1986 lagi, tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terbabit dan menjadi pembantu pada 1989,� jelasnya.

Sebagai pembantu, beliau bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman.

Banduan yang digari kedua-dua tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain 慼ood� akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.

揃iasanya banduan yang akan digantung tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung,� tambah Samuel.

Beliau mengakui tidak dapat tidur ketika mula-mula menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung.

揝elepas 10 tahun, pengalaman sudah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang sudah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi),� cerita Samuel.

Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih 憈enang� dan diserang banduan yang agresif.

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka tentu akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutama kerana mahukan kesempurnaan tugas.

Ketika pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itu, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan.

Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti. 揔erja menyiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti,� katanya.

Tali gantung yang diimport ini dibuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang digantung. Setiap satu berharga RM4,000 hingga RM5,000.

Tali gantung ini ketika diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilogram selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

揝etiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,� jelas Samuel.

Antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan. Di Penjara Kajang umpamanya, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dan di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antarajam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

揔ita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung pada Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,� kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

揃iasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),� katanya.

Ketika banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga yang biasanya dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 憄erjumpaan terakhir.�

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 慼idangan terakhir� bernilai RM7.50.

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 憄ergi dengan rela� selepas menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

揗ereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang saja yang menjadi agresif sehingga saat terakhir.

揂da sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik daripada saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka sudah tak tahan lagi menunggu,� katanya.

Pada hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir

1 comment:

  1. Assalam.. Saya student dari Fakulti Pengurusan Rekod UITM Puncak Perdana diberi tugasan bagi menjalankan kajian tentang bangunan bersejarah di Malaysia. Saya ingin bertanya adakah encik mempunyai kenalan atau orang yang boleh saya temubual bagi menjalankan kajian ini?Boleh kah saya mendapatkan nombor telefon atau sebarang cara untuk saya hubungi orang tersebut. Saya memilih Penjara Pudu Bagi menjalankan kajian. Oleh itu saya ingin meminta kerjasama dari pihak encik untuk membantu saya menjayakan kajian ini.

    ReplyDelete