Home

Tuesday 21 June 2011

Video filem berbayar melalui Youtube

Bermula 22 Januari 2010, YouTube akan memperkenalkan satu daya tarikan terbaru dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan video filem pawagam.

Sebagai percubaan pertama, perkhidmatan terbaru YouTube ini bertujuan untuk mempromosikan filem-filem yang akan dipertontonkan pada Festival Filem Antarabangsa Sundance di Park City, Utah, Amerika Syarikat.

Percubaan berani Youtube dalam memperkenalkan perkhidmatan berbayar ini diharapkan dapat memancing lebih banyak studio-studio filem terkenal menyewakan filem-filem produksi mereka melalui YouTube.

Sudah tentu YouTube..

sudah memperkirakan langkah ini sebagai satu sumber yang akan memberikan pendapatan besar terutamanya melalui jualan ruangan pengiklanan di laman web mereka selain dari komisen bagi setiap keuntungan yang diperolehi dari studio filem melalui penyewaan video mereka di Youtube.

Buat masa ini hanya terdapat lima filem perdana yang disewakan YouTube berharga $3,99 sejam untuk 48 jam masa tontonan. Filem-filem tersebut ialah “The Cove”, “Bass Ackwards”, “One Too Many Mornings”, “Homewrecker” dan “Children of Invention”. Para pengelola studio filem boleh mengatur harga sewaan yang mereka inginkan dan dibenarkan meletak filem mereka di Youtube selama sehingga 90 hari.

Para penganalis filem menilai bahawa melalui perkhidmatan ini menandakan YouTube telah mencetus satu evolusi baru setelah lebih sedekad penubuhan mereka dari sebuah laman web yang menawarkan penayangan video secara percuma kepada sebuah laman web video berbayar.

Jika Youtube berjaya dalam percubaan mereka ini, sudah pasti ia akan memberi impak yang amat besar kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyewaan video berbayar terutamanya Netflix.com dan LoveFilm.com, antara syarikat penyewaan video online terbesar dunia.

YouTube ada menyebutkan bahawa pihaknya akan membezakan video yang disewa untuk memenuhi permintaan pengguna dengan yang tidak. YouTube masih menyediakan perkhidmatan alternatif yang akan digunakan oleh para pembikin filem kecil yang ingin menayangkan filem mereka tanpa kehadiran iklan.

Buat masakini Youtube sedang dalam proses untuk menyiarkan filem premier box-office terbaru iaitu – Avatar arahan James Cameron. Selain itu juga, dalam waktu dekat YouTube dikhabarkan akan menyiarkan kejohanan olahraga dunia yang akan disiarkan secara langsung – pertama kali dalam sejarah penubuhan Youtube menyiarkan rancangan secara langsung.

No comments:

Post a Comment