Home

Monday, 27 June 2011

USB 3.0 Super Speed

teknologi ini sebenarnya sudah berada di pasaran pengguna ict pada tahun awal tahun 2010, namun masih ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan yang ada dalam USB 3.0 ini.
Apa yang baru pada USB 3.0 ini? Pertama, kepantasanya dikatakan 10 kali lebih cepat dari USB2.0. Secara logiknya mengikut teori sama dengan 4,8Gbps. Jika diterjemahkan, file berukuran 27GB akan secara pantas disalin dalam tempoh 70 saat.
Yang menarik, USB 3.0 ini membezakan jalur untuk upload dan jalur untuk download. Ertinya, kita boleh melakukan copy dan write sekaligus tanpa perlu menunggu proses downloadĂ‚  atau upload. Selain itu USB 3.0 ini berkuasa lebih besar (mencapai 900 miliamp) sehingga lebih banyak perisian boleh di download berulang (charge) secara lebih cepat.
Tentu sahaja USB 3.0 ini akan diserasikan dengan perkakasan atau perisian yang sebelum ini menyokong USB 2.0 dan USB 1.1/1.0.
Namun demikian, satu-satunya yang mungkin mengecewakan adalah kabel USB 3.0 ini agak lebih tebal – seakan-akan kabel Ethernet.
USB 3.0 ini akan datang dalam berbagai bentuk dan ukuran, termasuk bentuk mini, dan dirasakan akan menjadi jawapan untuk pengguna handphone dan perkakasan portabel.

No comments:

Post a Comment