Home

Tuesday, 21 June 2011

Facebook e_mail

Facebook dijangka akan melancarkan sistem eMail mereka sendiri yang dilihat bakal menyaingi Gmail, Yahoo dan Hotmail.

Syarikat gergasi jaringan sosial ini yang mempunyai lebih 500 juta ahli seluruh dunia akan menganjurkan majlis khas berhubung dengan kenyataan ini di San Francisco minggu depan.

Sumber yang belum disahkan dipetik sebagai berkata bahawa Facebook akan

mengumumkan sistem eMail address mereka sendiri iaitu @facebook.com

Pertelingkahan Google dan Facebook berlarutan sejak kebelakangan ini berhubung dengan perkongsian data pengguna.

Google telah membuat keputusan untuk melarang Facebook daripada mengimport data email pengguna Gmail setelah Facebook menolak untuk membenarkan mana-mana pihak mengakses maklumat ahli mereka.

Menurut laporan sebuah blog teknologi popular TechCrunch.com, rakan kongsi Facebook baru dalam usahasama pembinaan sistem eMail ini yang diberi nama “Project Titan” bakal menjadi pembunuh Gmail.

Ramai yang berkata bahawa lautan informasi dan data pengguna yang dimiliki Facebook bermula dari event planning sehingga kepada aplikasi button “like” disamping kekerapan pengguna berinteraksi sesama mereka bakal menjayakan lagi perlancaran sistem eMail Facebook ini.

Ada juga spekulasi mengatakan bahawa berkemungkinan sistem eMail facebook hanya boleh digunapakai antara ahli-ahli facebook sahaja.

Facebook tidak membuat sebarang kenyataan mengenai spekulasi tersebut namun semuanya hanya akan diketahui pada hari Isnin minggu hadapan di San Francisco.

Facebook merupakan laman web komuniti terbesar di dunia setakat ini yang menyimpan informasi lebih 500 juta ahlinya, suatu informasi yang sangat berharga terutama kepada para advertisers.

Para penganalisis berkata laman web komuniti yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg ini menjadi semakin berkembang dengan cukup pantas sehingga berjaya menandingi kepopularan Google kerana kesetiaan ahli-ahlinya.

Facebook eMail akan menjadi ancaman terbesar Gmail, Yahoo dan Hotmail, bukan hanya kerana potensi Facebook yang mampu mendapatkan jumlah pendaftar yang besar dalam masa yang singkat malah kelebihan mereka dalam membuat sistem eMail mereka lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu juga Facebook telahpun menjalinkan hubungan kerjasama dengan Microsoft untuk menguatkan lagi sistem laman web enjin carian milik Microsoft iaitu Bing.com, namun Facebook tidak pula membina jalinan hubungan yang sama dengan Google.

Facebook juga dikhabarkan bukan sahaja akan menjadi seteru Google secara online malah secara offline juga dengan menawarkan pekerjaan kepada engineer-engineer Google.

Beberapa minggu lepas, Google telah menaikkan 10% gaji pekerja-pekerja mereka dan menawarkan habuan dalam bentuk kenaikan gaji berbanding pemberian bonus yang biasa dibuat sebelum ini.

Ini semua gara-gara Facebook yang sibuk memancing pekerja, dan Google terpaksa melakukan demikian demi meningkatkan kesetiaan pekerja mereka.

No comments:

Post a Comment