Home

Monday 20 June 2011

Cheryl kembali bermesra dengan bekas suami


CHERYL COLE dan Ashley Cole.

19/6-2011
LONDON - Penyanyi terkenal, Cheryl Cole telah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu bintang bola sepak kelab Chelsea, Ashley Cole, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi kumpulan The Girls Aloud itu bermalam di kediaman hasil perkahwinan mereka yang bernilai £5 juta (RM24juta) di Surrey.
Walaupun Cheryl tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik tidur itu, pasangan tersebut dikatakan tidak berkongsi bilik.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.
"Mereka memberitahu bahawa malam bersama itu merupakan malam yang indah. Mereka melakukan aktiviti seperti dahulu antaranya berada di dalam kolam renang, menghisap rokok dan menikmati minuman," jelas salah seorang rakan mereka.
Penyanyi itu menemui Cole sebelum bintang bola sepak tersebut bercuti.
"Dia tahu Cole akan bercuti, justeru lebih baik dia berada di sana sahaja. Meluangkan waktu malam bersama-sama adalah cukup bagus. Siapa yang tahu jika sesuatu akan terjadi selepas Cole pulang dari bercuti," kata seorang rakan penyanyi itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment