Telah diterangkan BIOS (Basic Input Output System) merupakan program asas komputer yang menjalankan operasi input – output semasa POST (Power On Selt Test). Program BIOS ini disimpan di dalam satu cip memori yang dikenali CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor).
Gambarajah di sebelah adalah proses POSTberjalan semasa komputer dihidupkan.
Setiap komputer mempunyai BIOS yang berlainan bergantung kepada jenis dan pengeluar komputer tersebut. Berikut merupakan beberapa pengeluar BIOS dan jenis BIOS yang terdapat di pasaran.
Pengeluar BIOS
- Acer Labs
- American Megatrends Ins (AMI)
- Pheonix Technologies
- LSI Logic
Jenis-jenis BIOS
- AMI Bios
- Award Bios
- Phoenix Bios
- Microid Research (MR Bios)
Biasanya setiap pengeluar menghasilkan BIOS yang berbeza dari segi Error Code, POST Code & Interrupt Key. Oleh itu, cara memasuki dan cara penggunaan sistem BIOS ini juga adalah berbeza-beza.
Cara Memasuki System BIOS
BIOS boleh dimasuki dengan menekan kekunci “Interrupt Key†semasa proses POST komputer berjalan. Interrupt Key adalah satu kekunci atau kombinasi 2 kekunci yang telah ditetapkan oleh pengeluar BIOS tersebut.
Antara Interrupt Key yang biasa digunakan ialah :
- Del
- F1 atau F10
- Esc
- Ctrl + Alt + Esc
- F2
Semasa proses POST berjalan, anda boleh melihat di bawah skrin tertulis seperti :
“Press F1 to Enter Setupâ€
Bila ayat di atas tertera, tekan F1 dan anda akan memasuki sistem BIOS.
Di dalam sistem BIOS, anda boleh melakukan beberapa konfigurasi ke atas komputer anda seperti menetapkan proses “boot†, mengesan cakera keras, mengubah tarikh, overclocking dan sebagainya.
Namun anda dinasihatkan berhati-hati semasa melakukan konfigurasi tersebut. Jika anda tidak biasa melakukan perubahan ke atas BIOS, lebih baik anda tidak melakukan apa apa terhadap BIOS komputer anda. Kesilapan boleh menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
No comments:
Post a Comment