Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tersalah delete atau save sesuatu fail atau folder dan lebih malang lagi dalam Recycle Bin juga anda telah mengosongkannya, sedangkan fail atau folder tersebut sangat penting bagi anda. Anda ingin kembali pada kedudukan asal tetapi sudah terlambat dan tiada cara lain lagi untuk anda fikirkan waktu itu. Jangan bimbang, semua masalah tersebut dapat anda atasi dengan menggunakan utiliti Shadow Copy, tapi utiliti tersebut hanya terdapat pada semua Windows versi 7 dan Vista versi Business dan Ultimate sahaja.
Tapi andainya anda menggunakan Windows versi Vista Home Basic atau Vista Home Premium, anda masih boleh menggunakan utiliti Shadow Copy ini tanpa perlu menaiktaraf Windows yang anda gunakan sekarang. Anda hanya perlukan sebuah aplikasi Shadow Explorer (bersaiz kecil & percuma) untuk memudahkan pengguna Windows Vista Home Basic dan Vista Home Premium untuk melihat salinan shadow fail yang telah di buat oleh Windows.
Apabila anda menjalankan utiliti Shadow Explorer ini, sebuah dual-panel seperti Windows Explorer akan di paparkan. Lihat gambarajah di bawah;
Di sebelah kiri panel tersebut, terdapat drop down menu yang mana di dalamnya terdapat tarikh-tarikh yang anda inginkan fail atau folder tersebut kembali pada kedudukan asal. Di sebelah kanannya pula, terdapat senarai fail atau folder yang berada pada kedudukan tarikh yang anda pilih tadi. Anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada fail atau folder yang anda inginkan dan klik "Eksport", sistem akan mengeksport keseluruhan fail atau folder tersebut ke lokasi yang anda pilih. Ciri-cirinya sangat berguna untuk mengembalikan sesebuah dokumen yang rosak akibat shutdown komputer secara tidak proper atau dokumen tersebut telah musnah akibat serangan virus dan sebagainya.
Untuk makluman, fungsi Shadow Copy mula diperkenalkan pada Windows versi 2003. Walaubagaimanapun Shadow Explorer tidak boleh di jalankan pada Windows versi XP, 2000 atau versi Windows sebelumnya.
No comments:
Post a Comment