Home

Friday 28 October 2011

Cikgu & Murid Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut
supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

 Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru
tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
seorang budak yang pintar, lalu dia pun mengangkat
tangan...

Murid : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Murid : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Murid : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Murid : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Murid : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Guru tadika: !@#$%^&* =_='

No comments:

Post a Comment