Home

Saturday, 22 October 2011

5 Jenis Produktiviti Windows 7 Yang Sangat Berguna

Semenjak kehadiran Windows versi 7, banyak sekali perubahan dan pembaharuan yang di buat oleh pihak Microsoft. Dari segi UI atau "User Interface" hinggalah kepada pembaharuan dalam penggunaan dan ciri-ciri produktivitinya yang cukup mudah dan senang untuk di gunakan. Berikut di sini di senaraikan 5 jenis produktiviti yang terbaik yang perlu anda ketahui.

1. Cara cepat save dan copy fail ke permukaan desktop



Klik mouse tanpa melepaskannya sebarang imej pada mana-mana laman web dan drag n drop fail tersebut ke sebelah sudut kanan taskbar, di sini paparan desktop pengguna akan di aktifkan. Lepaskan klik tetikus dan secara tidak langsung fail tersebut akan di save kan di desktop komputer anda.

2. Options tambahan "Send To" item pada "Right Click Menu"
Tekan kekunci [Shift] diikuti dengan klik tetikus sebelah kanan pada sebarang fail yang anda kehendaki untuk mendapatkan xtra menu pada "Send To" item. Sangat berguna untuk memudahkan anda menghantar fail pada sebarang lokasi dan folder yang anda kehendaki. 

3. Run sebarang program dengan mode Admin



Selain dari anda klik tetikus sebelah kanan, Right click -> Run as administrator untuk sebarang program, ada cara lain lagi anda boleh lakukan. Tekan sekaligus kekunci [Ctrl]+[Shift] diikuti dengan klik pada sebarang program, itu aje. Untuk sesetengah program mode Admin digunakan untuk memudahkan program tersebut dilaksanakan.

4. "Search Tip" dalam Windows Explorer 7



Untuk memudahkan anda mencari sebarang fail Word, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan simbol asterisk (*) diikuti dengan extension fail berkenaan, cthnya *.doc dan tekan kekunci [Enter].

Anda juga boleh mencari sebarang fail dengan kaedah cari ikut saiz. Sebagai contoh, taipkan size: diikuti dengan sebarang saiz fail dan masukkan katakunci untuk memudahkan pencarian, lihat contoh di atas.

Kaedah pencarian fail mengikut jenis fail juga ada disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan taip arahan berikut type:image atau type:doc atau type:videodiikuti dengan katakunci untuk memudahkan pencarian.

5. Rakamkan masalah komputer anda dengan Problem Steps Recorder

Salah satu keistimewaan dan kelebihan yang ada dalam Windows 7. Kini jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan Windows 7, anda boleh merekodkan masalah tersebut dan simpan untuk rujukan bantuan teknikal. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start dan taipkan arahan seperti gambarajah di atas. Satu program akan di paparkan dan sekarang anda boleh rekodkan masalah yang anda hadapi dari permulaan anda menghadapi masalah tersebut. 



** anda suka info ini, expressi kan perasaan itu dgn "like" post ini.. :)

No comments:

Post a Comment