Tip yang hendak saya kongsikan disini ialah bagaimana anda hendak menentukan samaada hard disk komputer anda berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Bagaimana anda hendak membuat pemeriksaan berkala terhadap hard disk anda. Kesemua pemeriksaan ini sangat penting untuk memastikan hard disk komputer anda berada dalam keadaan baik dan sentiasa menunjukkan prestasi yang memuaskan. Secara tidak langsung anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk membuat sebarang backup data sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada hard disk komputer anda. Ikuti langkah-langkah berikut;
1. Guna utiliti Check Disk
Boleh dikatakan kesemua versi Windows dari dulu hingga sekarang masih lagi menggunakan utiliti Chkdk.exe untuk membuat pemeriksaan sebarang kerosakan yang dikesan pada hard disk komputer anda. Caranya, buka Windows Explorer, klik kanan butang tetikus pada hard disk yang hendak diperiksa, pilih Propertis, klik pada tab Tools, kemudian klik pada "Check Now" dan pilih "Scan for and attempt recovery of bad sectors” untuk pemeriksaan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Tunggu sehingga proses ini selesai dan kemudian baca laporan yang dijana untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan hardi disk anda.
2. Kenali bunyi yang dikeluarkan dari hard disk
Pernahkah anda terdengar bunyi yang dikeluarkan dari hard disk sama ada kuat atau perlahan? Jika ada, ini adalah tanda-tanda awal berkemungkinan besar hard disk komputer anda bermasalah. Tutup komputer anda untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku. Tetapi persoalannya, bagaimana anda hendak membezakan bunyi yang dikeluarkan dari hard disk dengan bunyi yang dikeluarkan dari pembekal letrik (power supply) atau kipas di dalam CPU? Klik di sini untuk saya membawa anda ke satu laman web yang menyediakan beberapa tanda-tanda awal bunyi yang dikeluarkan dari beberapa pengeluar hard disk yang mana bunyi tersebut di kenalpasti sebagai bunyi yang boleh membawa pada kerosakan hard disk komputer anda. Jika ada di antara bunyi-bunyi tersebut kedengaran pada hard disk komputer anda, bersiap sedialah anda untuk membuat sebarang pertukaran hard disk.
3. Cegah sebelum musnah
Pernyataan ini seringkali digunakan untuk mengingatkan kita sesungguhnya cegah itu lebih baik dari mengubatinya. Begitu juga dengan hard disk komputer anda. Sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, adalah lebih elok anda menjaga dan memelihara prestasi hard disk anda dari sebarang kemusnahan dan kerosakan. Kini dengan aplikasi Check Disk, utiliti ini mampu untuk memelihara dan menjaga hard disk komputer anda dan seterusnya dapat mengimbas beribu-ribu data di dalamnya dan dapat mengeluarkan beberapa laporan berkenaan dengan hard disk komputer anda. Anda boleh muat turun aplikasi ini di kolumn Software Tools di blog ini.
4. Analisa hard disk
Kini pengeluar-pengeluar hard disk menyediakan beberapa tools atau utiliti untuk hard disk keluaran mereka dengan tujuan untuk membantu pengguna menganalisa hard disk mereka sekiranya berlaku ralat atau tanda-tanda kerosakan pada hard disk komputer mereka. Setiap pengeluar seperti Seagate, Samsung, Hitachi, Toshiba (Fujitsu),Western Digital, Lenovo, Dell dan lain-lain menyediakan tapak untuk pengguna muat turun aplikasi utiliti hard disk. Untuk pengeluar Seagate, walaupun aplikasi mereka hanya untuk hard disk keluaran mereka sendiri, tetapi utliti mereka mampu juga untuk menganalisa hard disk lain dan mampu juga untuk membaiki kerosakan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment