Home

Saturday, 22 October 2011

Melihat versi windows anda

Kepada pengguna Windows yang ingin mengetahui versi Windows yang di gunakan sekarang dan apakah servis pack yang di instal, kini anda boleh berbuat demikian hanya dengan memaparkannya pada permukaan desktop anda . Apa yang perlu anda lakukan ialah sedikit kemahiran untuk mengubah fail registri dalam Windows. Tapi jika anda tidak pernah atau tidak biasa langsung dengan fail registri ini, saya cadangkan anda lupakan saja tip ini atau minta pertolongan dari sesiapa yang arif berkenaan dengan fail registri ini. Ini kerana sekiranya anda tersilap dalam membuat pengubahsuaian fail registri ini, berkemungkinan Windows anda akan menghadapi masalah. 


Paparan seperti gambarajah di atas akan wujud bersebelahan dengan ikon date/time di taskbar Windows. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Klik menu Start -> Run, dan taipkan arahan cmd, kemudian tekan kekunci "Enter"

2. Selepas itu taip arahan berikut dengan betul dan tekan kekunci "Enter"

reg add "HKCU\Control Panel\Desktop" /v PaintDesktopVersion /t REG_DWORD /d 1 /f

3. Dengan membuat pengubahsuaian nilai pada pembolehubah "PaintDesktopVersion" pada nilai 1, anda akan dapat melihat kesannya apabila anda telah reboot komputer selepas itu.

4. Untuk kembali pada asal, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menaip arahan
seperti di atas tetapi tukarkan nilai 1 kepada nilai 0 seperti di bawah;

reg add "HKCU\Control Panel\Desktop" /v PaintDesktopVersion /t REG_DWORD /d 0 /f

5. Sebaiknya, reboot komputer anda untuk melihat hasilnya.

No comments:

Post a Comment