Home

Thursday, 31 March 2011

Pelanggan, gadis urut takut terbakar lari bertuala

KUALA LUMPUR: 30hb mac 2011, Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis terbabit yang terletak di tingkat atas sebuah pasar raya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira-kira 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama.

Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar.


“Saya bukan sahaja terkejut melihat kelibat pasangan itu yang hanya memakai tuala, tetapi turut berasa takut seluruh bangunan ini akan terbakar selepas melihat asap tebal dari tingkat satu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Katanya, tindakan pantas pengurusan pasar raya menutup punca bekalan elektrik di premis berkenaan yang terletak di tingkat bawah menyebabkan api dapat dikawal.


Sementara itu, seorang pekerja pasar raya yang terperangkap di tingkat dua bangunan itu yang dijadikan asrama pekerja risau dokumen peribadinya terbakar dalam kejadian itu.


Sahifah Tun Nur, 49, berkata dia tidak risaukan nyawanya sebaliknya terfikir untuk terjun bagi menyelamatkan dokumen peribadinya.


“Saya tidak dapat turun melalui tangga akibat asap tebal di pintu depan dan belakang dan diselamatkan anggota bomba yang memecahkan cermin depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment