Home

Showing posts with label Berita Luar negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Luar negara. Show all posts

Monday, 20 June 2011

Lelaki meninggal semasa rogol wanita tua

CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.

Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.

Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.

Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.

Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.

Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.

Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP

P/S: sempat lagi tu.. Dahla pompuan tu tua..

Saturday, 14 May 2011

Lelaki gila potong kepala wanita

Berita Kosmo. 14-5-2011


ORANG ramai dan anggota polis melihat lelaki yang menotong kepala seorang wanita di Los Cristianos, Tenerife, semalam.


LOS CRISTIANOS, Tenerife - Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam.
Pembunuh itu dikatakan menyerang mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an atau 60-an dan melarikan kepalanya di sebuah pusat beli-belah yang sibuk kira-kira pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan.
Saksi-saksi memberitahu melihat suspek berlari dari pusat beli-belah dengan memegang kepala mangsa dan darah menitis ke tanah.
Beberapa pengawal keselamatan mengejarnya sebelum menjatuhkannya ke tanah dan menunggu kehadiran anggota-anggota polis.
Penyerang tersebut dilaporkan telah mengekori mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah Valdes selama beberapa hari sebelum pembunuhan ngeri itu berlaku.
Dia didakwa telah keluar dari Hospital de La Candelaria pada Februari lalu untuk menjalani rawatan berkaitan keganasan.
Namun, timbul kekeliruan dalam laporan mengenai senjata yang digunakan suspek sama ada parang, pedang atau penyodok tanah. - Agensi

Wednesday, 13 April 2011

ahli parlimen indonesia di rakam menonton video lucah semasa persidangan



Seorang ahli parlimen Indonesia yang membantu mengeluarkan undang-undang anti-pornografi sukar mengundurkan diri hari Isnin selepas ia 'dirakam' menonton video seksual eksplisit di komputer sepanjang debat parlimen.

The gambar kabur telah
diterbitkan di halaman depan surat khabar hampir setiap hari, dan reaksi dari laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Beberapa koemntator mengatakan Arifinto harus disabit kesalahan di bawah undang-undang anti-pornografi yang berkuatkuasa sejak tahun 2008 walaupun ada pembangkang dari masyarakat dan beberapa ahli kerajaan.

Arifinto Lima puluh tahun, yang seperti kebanyakan orang Indonesia hanya satu nama, meminta maaf kepada pemilihnya Isnin dan mengatakan kepada wartawan bhwa selepas konferensi pers disusun dia akan berundur dari Parlimen.

"Ini keputusan saya," ujar ayah dari lima, berkeras ia tidak bertindak atas arahan partinya. "Tidak ada yang cuba untuk memaksa saya."

Indonesia, sebuah negara sekular dari 237 juta orang, mempunyai pnduduk Muslim lebih dari negara lain di dunia. Walaupun sebahagian besar adalah sederhana, pinggiran pelampau kecil telah menjadi lebih vokal dalam beberapa tahun terakhir.

Mereka telah mendorong melalui beberapa undang-undang kontroversi - termasuk undang-undang pornografi. Pendukung mengatakan bahawa undang-undang diperlukan untuk menjaga negara dari meluncur ke kemerosotan moral, sementara pengkritik mengatakan ini kata-katanya samar dan hukuman terlalu keras.

Undang-undang panggilan untuk hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda bagi segala sesuatu dari berciuman di depan umum dan pendedahan "sensual" seorang wanita bahagian tubuh untuk memaparkan "erotis" karya seni.

Penyiaran, memiliki dan menyimpan bahan-bahan pornografi juga dilarang.

Arifinto, yang mengawasi sebuah yuran parlimen berurusan dengan pengangkutan, telekomunikasi dan pembangunan luar bandar, adalah penyokong vokal undang-undang.

Ia tertangkap menonton klip video untuk beberapa minit sebagai legislator sesama diperdebatkan bercadang untuk membina sebuah bangunan parlimen baru.

Juru bicara Polis Nasional, Boy Rafli Amar, mengatakan Isnin pihak berkuasa masih cuba untuk menentukan sama ada Arifinto melanggar undang-undang anti-pornografi dan apa langkah yang harus diambil selanjutnya.

"Kita perlu berhati-hati," katanya. "Kita perlu memastikan kita tidak melanggar undang-undang privasi."

Anti-porno undang-undang digunakan pada bulan Januari hingga kalimat Nazril "Ariel" Irham, vokalis dari band negara yang paling popular Peterpan, untuk 3 1 / 2 tahun penjara selepas dua kaset homemade seks mencari jalan mereka ke Internet.

Tahun lalu, pemimpin redaksi Playboy Indonesia diberikan dua tahun di balik jeruji besi.

Friday, 8 April 2011

Venezuela bergelap seketika

CARACAS 07 april 2011: Bekalan elektrik terputus di hampir seluruh Venezuela, menjejaskan pengeluaran minyak dan sistem transit metro Caracas, sekali gus memeningkan Presiden Hugo Chavez hanya beberapa bulan selepas dasar catuan elektrik mengurangkan populariti beliau.

Khidmat tren transit terhenti ketika waktu puncak sebelah petang dan menyebabkan ribuan penumpang
erkandas.

Kerajaan Chavez dikritik kerana tidak membuat cukup pelaburan bagi meningkatkan penjanaan tenaga elektrik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara pengeksport minyak itu.
Bekalan elektrik disambung semula di kebanyakan negeri dan ibu negara selepas insiden yang menghentikan sebentar kapasiti pengeluaran 17,500 megawatt Venezuela itu.

Namun, banyak negeri terputus bekalan semula untuk tempoh singkat di sebelah malam bagi mencatu bekalan ketika sistem grid mula stabil.

Naib Presiden, Elias Jaua mempersalahkan kebakaran hutan yang merosakkan kabel 800-kilowatt sebagai punca masalah itu. - Reuters (berita Harian)

Monday, 4 April 2011

Facebook disaman lebih RM3 bilion

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu.

Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel.

Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial.

Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut.

Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan.

Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplomatik Awam Israel, Yuli Edelstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel, Liga Anti-Defamasi.

Mengulas mengenai kes tersebut, seorang jurucakap Facebook berkata, dakwaan Klayman sama sekali tidak berasas.

"Kami akan menentang habis-habisan untuk membuktikan kami tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat itu bertukar menjadi lebih ganas.

- Agensi

Thursday, 31 March 2011

Obama yakin pemimpin Libya akan tumbang

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam berkata, beliau yakin Muammar Gaddafi akan meletak jawatan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan membekalkan senjata kepada pemberontak yang berusaha menggulingkan pemimpin Libya itu.


Menurut Obama, Gaddafi kian tersepit tetapi pada masa sama berkata, setakat ini belum ada tanda-tanda menunjukkan Gaddafi mahu berunding untuk meninggalkan negaranya meskipun tenteranya berdepan dengan serangan besar-besaran pasukan bersekutu.

Obama berkata demikian ketika diwawancara oleh tiga rangkaian televisyen sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan dasarnya berhubung Libya.


Kenyataan Obama menggambarkan cubaan oleh tentera Amerika dan sekutu Baratnya bagi meningkatkan tekanan terhadap Gaddafi dan tenteranya bagi menggulingkan pemimpin Libya itu.


“Jangkaan kami ialah apabila kita meneruskan tekanan, bukan sahaja menerusi tindakan ketenteraan tetapi juga dengan cara lain, Gaddafi akhirnya akan meletak jawatan,” kata Obama dalam wawancara dengan NBC. Obama, ketika berucap kepada rakyat Amerika Isnin lalu berkata, walaupun beliau akan menggunakan tentera untuk melindungi orang awam, usaha untuk menggulingkan Gaddafi secara paksa akan mengulangi kemusnahan dan kos yang tinggi seperti yang berlaku pada Perang Iraq. - AP