
Showing posts with label Local artist. Show all posts
Showing posts with label Local artist. Show all posts
Thursday, 22 September 2011
Felix Agus Khawin
Tahniah la kepada penyanyi Akademi Fantasia kelahiran Sabah, Felix Agus yang dikhabarkan telah selamat berkahwin. Infomarsi mengenai perkahwinan berkenaan amatlah sukar ditemui. Namun ianya sebagai satu gambaran yang sangat jelas yang Felix kini sudah bergelar suami. Apa-apa pun semoga bahagia ke anak cucu lah ya Felix.


Wan Sharmila..
Acara Masif 2011 ni penuh warna warni, ramai selebriti yang hadir memeriahkan majlis. Tapi dalam kemeriahan tue, ada lagi yang selebriti yang membuatkan mata anda disana jadi terpukau seketika. Kemunculan pelakon Wan Sharmilla di sana dengan pakaian yang sangat seksi dan ketat telah menyebabkan ramai penonton tidak berganjak untuk pergi.


Wednesday, 10 August 2011
Marsha......
Seksi betul Marsha Londoh di majalah FHM ni. Tak terkata-kata melihat aksi Marsha yang sungguh mengugat jiwa kejantanan yang sedang melihat gambar dia ni. Tapi selepas ni harap Marsha bolehlah perbaiki sedikit pengayaan yang sedia ada ni. Bawalah imej ketimuran, kita kan orang Malaysia. Seharusnya Marsha dapat menyesuaikan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. huhu.










Tuesday, 5 July 2011
Monday, 4 July 2011
GAMBAR KHAWIN TOMOK
Boleh dikatakan weeding of the year la kan perkahwinan Tomok dan Siti Rahayu yang telah berlangsung ni kan.Ayu makin Ayu dan Tomok makin berseri-seri di majlis ini. Siti Rahayu telah menerima wang Mas kahwin sebanyak RM300 dan hantaran berjumlah RM12697.11. Biasa la kan Tomok tu Jutawan muda
Friday, 1 July 2011
gambar Hannah Tan serba panas
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja malah, Hannah Tan juga terkenal sebagai model terkenal dengan aksinya yang cukup tutzzz. Korang lihatlah sendiri yer, malas nak citer panjang lebar, memang ke arah gambar tue juga korang fokus. haha.


Siti Saleha yang cantik..
Kenal Siti Saleha ni ker.? Ala pelako untuk drama Nora Elana tue ha, kat TV3 selalunya petang main. Pelakon baru ni merupakan adik kepada Sam Bunkface, umurnya sahaja baru masuk 19 tahun. Orangnya kelihatan cantik dan ayu, kalau dah ada kekasih baguslah, kalau belum, nanti ramai lah kaki miang tue kuar. Hehe. Kiranya ramai dah selebriti baru muda-muda yang dilahirkan buat masa ni. Baguslah, ada juga pelapis kan, biasala, nanti ada juga yang bosan kalau itu-itu je yang berlakon. :) -gambar Maestro Photography








sesi photoshot studio Lisa Surihani
Gambar kat bawah ni taklah seksi mana pun. Cuma seksi dibahagian atas jerk, ala lumrah lah artis zaman sekarang ni dengan fesyen dengan ni. Tapi bagus kalau Lisa tutup jekr bahagian atas tue, memanglah tak menjadi persoalan, tapi kami sebagai peminat Lisa mahu Lisa lebih 'menutup' berbanding 'membuka'. Hehe. Lihatlah penyanyi nombor satu tue, masih lagi popular walaupun tak perlu berseksi-seksi. Apa-apa pun kita layan dulu gambar ni, jangan melahar ok. Haha.




Monday, 20 June 2011
Cheryl kembali bermesra dengan bekas suami
CHERYL COLE dan Ashley Cole. |
LONDON - Penyanyi terkenal, Cheryl Cole telah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu bintang bola sepak kelab Chelsea, Ashley Cole, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi kumpulan The Girls Aloud itu bermalam di kediaman hasil perkahwinan mereka yang bernilai £5 juta (RM24juta) di Surrey.
Walaupun Cheryl tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik tidur itu, pasangan tersebut dikatakan tidak berkongsi bilik.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.
"Mereka memberitahu bahawa malam bersama itu merupakan malam yang indah. Mereka melakukan aktiviti seperti dahulu antaranya berada di dalam kolam renang, menghisap rokok dan menikmati minuman," jelas salah seorang rakan mereka.
Penyanyi itu menemui Cole sebelum bintang bola sepak tersebut bercuti.
"Dia tahu Cole akan bercuti, justeru lebih baik dia berada di sana sahaja. Meluangkan waktu malam bersama-sama adalah cukup bagus. Siapa yang tahu jika sesuatu akan terjadi selepas Cole pulang dari bercuti," kata seorang rakan penyanyi itu. - Agensi
Thursday, 9 June 2011
Cinta antara Yusry dan Lisa
Perhubungan matang Yusry, Lisa
CINTA antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukan lagi rahsia, malah mereka juga enggan menyembunyikan rasa hati dan bunga cinta yang sedang mekar di hati masing-masing daripada pandangan orang ramai.
Kini, di mana ada Yusry pastinya kelibat Lisa akan kelihatan, sama juga halnya yang berlaku ketika tayangan perdana filem Karak dan juga terbaru sambutan ulang tahun KRU yang ke-19 yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya pada Isnin lalu.
Mereka duduk semeja bersama ibu Lisa Surihani dan juga keluarga Yusry yang lain. Sinar mata bahagia yang terpancar menjelaskan mereka dalam lamunan cinta meskipun usia percintaan baru menjangkau angka tiga bulan.
Yusry dan Lisa yang ditemui sejurus majlis tamat tidak langsung melarikan diri, malah turut sudi memenuhi permintaan pihak media untuk bergambar berdua buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi segera.
Bagaimanapun, Yusry enggan hubungannya dengan Lisa dilabelkan sebagai pasangan kekasih kerana menganggap perhubungan mereka perhubungan yang matang. Ia bukan lagi umpama cinta monyet ketika zaman remaja.
"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.
"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. Kami memang serius," jawab Yusry.
Lisa pula yang duduk disebelah Yusry yang sebelum ini sering memberi jawapan selamat mengenai hubungannya dengan Yusry turut mengakui, perhubungannya dengan Yusry adalah lebih daripada kawan biasa dan dia senang ketika bersama Yusry.
"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.
Celah Yusry, apa sahaja kenyataan yang terluncur daripada mulutnya sebelum ini, semuanya telah dibincang terlebih dahulu bersama Lisa.
"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.
Apabila disoal sejauh mana hubungan mereka kini, jawab Yusry, mereka berdua telah mengenali keluarga masing-masing, sungguhpun begitu masih terlalu awal untuk menjangkakan pengakhiran pada hubungan mereka.
“Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.
“Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.
“Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.
Lisa juga bersetuju dengan pendapat Yusry. Dia juga enggan menghebohkan hubungan mereka kerana sedar mereka baru sahaja dalam peringkat awal hubungan. Malah, jika terlalu banyak cerita cinta mereka disiarkan di media, Lisa bimbang akan wujud persepsi orang ramai kepadanya.
“Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit,” kata Lisa.
Jika tiada apa-apa yang pasti, masakan Lisa sering berdampingan dengan adik bongsu trio KRU itu ke mana sahaja dia pergi terutamanya di majlis yang melibatkan syarikat KRU.
Tersipu-sipu untuk menjawab, Lisa diselamatkan oleh Yusry yang berkata: “Kehadiran Lisa umpama dia seorang kakitangan MIG yang menyokong kerja saya, seorang kakitangan KRU."
Tarikan Yusry buat Lisa
Mula berkomunikasi menerusi BBM (BlackBerry Messenger) selama setahun sebelum bersua muka kerana satu perjumpaan untuk filem Ular yang turut melibatkan Lisa mendekatkan lagi mereka berdua.
Kata Lisa malu-malu, pada mulanya dia menyangka, Yusry seorang lelaki yang sombong. Bagaimanapun setelah mengenai Yusry dengan lebih dekat ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali.
"Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun.
Yusry juga menyenangi sikap Lisa yang tidak hipokrit dan bijak membawa diri dalam apa jua keadaan sekali pun. Kata Yusry, ketika mula-mula keluar, mereka keluar bertiga iaitu bersama ibu Lisa, tetapi kini mereka sudah selesa untuk keluar berdua sahaja.
Sumber: kosmo
Friday, 3 June 2011
Dato Siti beli rumah harga 20 juta!!
Admin ada terbaca kat Murai baru-baru ni yang Dato' Siti Nurhaliza membeli Penthouse (bukan majalah porno tue ya) mewah berhadapan KLCC dengan harga RM20 juta (RM20 juta ikut sumber Murai, tapi admin rasa RM2 juta kot terlebih 0 digit)!!. Makai memang mahal super gila harga dia, rumah banglo pun belum tentu lagi sampai mencecah harga ni. Mungkin disebabkan hartanah kat situ kot yang mahal, apatahlagi pemandangannya super cantik.
Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi, kediamanan disitu sudah pun dihuni oleh orang kaya-kaya. Ada yang dikatakan nampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan. Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah. kuikui.. pas ni dorang nak bertanding dengan Siti pula..
Hai begitulah episod bila orang dah jadi kaya, anda bila lagi? ngeh2..
sumber: Izyan
Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi, kediamanan disitu sudah pun dihuni oleh orang kaya-kaya. Ada yang dikatakan nampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan. Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah. kuikui.. pas ni dorang nak bertanding dengan Siti pula..Hai begitulah episod bila orang dah jadi kaya, anda bila lagi? ngeh2..
sumber: Izyan
Monday, 23 May 2011
Meira Lyana, seksi lagi..
Oh! Miera Leyana..tak serik2 dengan kontroversi lagi. Jika sebelum ni telah menghangatkan dunia hiburan dengan beraksi seksi di malam Gala ABPBH 2010, kini dia tampil lagi dengan imej seksi. Kali ni di malam berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Malah kali ni menampakkan sebahagian belakang badan pula. Entah apa yang difikirkan oleh si Miera Leyana ni yer. Korang nilaikanlah sendiri..seksi ker seksa? Maybe cobaan untuk menang Bintang Popular next year kot..ahaks~
Lihat lebih Details ---> Whoa! Terbaekkk..
Ada Pulak: Zed Zaidi Rasa Pelik Tidur Dengan isteri
Zed Zaidi rasa pelik tidur dengan isteri
Pelakon Zed Zaidi, 30, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu mengakui masih berasa kekok dengan status baru itu.
Jelas Zed, selepas tiga hari bergelar suami kepada Nelly Natalia Mustafa, ada beberapa perkara dalam kehidupan suami isteri yang sedang dipelajarinya.
“Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.
“Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.
“Selain itu, saya juga dapat melakukan solat berjemaah dan membuat kerja-kerja di rumah bersama seperti membantu isteri di dapur,” katanya dengan nada teruja.
Pun begitu, Zed menambah, keterujaan isterinya menyediakan pelbagai jenis masakan menyebabkan dia berasa runsing kerana bimbang berat badannya meningkat.
“Isteri saya pandai memasak pelbagai jenis makanan dan ia membuka selera makan. Namun, saya risau juga kalau berat badan akan meningkat.
“Maklumlah, saya ini artis dan tentulah nampak tidak elok di depan televisyen kalau berlaku perubahan fizikal yang mendadak.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan isteri agar memasak makanan yang bersesuaian,” kata pelakon drama bersiri terbaru, Fatimah Juling ini.
Menjawab pertanyaan tentang perancangan bulan madu, Zed berkata: “Buat masa ini, memang belum ada perancangan untuk bulan madu. Minggu ini, saya sangat sibuk menguruskan persiapan akhir untuk majlis resepsi kami pada 7 Mei ini.
“Tengoklah nanti, apabila semuanya sudah selesai, baru kami akan fikirkan soal itu. Lagipun, saya ini jenis yang tidak suka merancang awal-awal, lebih seronok kalau terfikir di saat-saat akhir dan terus pergi saja.”
Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.
Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Majlis resepsi kedua mereka akan berlangsung pada 7 Mei ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.
Pada majlis perkahwinan Jumaat lalu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Apa terjadi pada Salma (mentor)
23 Mei 2011-Memang "meletup" lah Salma dan Erra, ramai yang berpendapat bahawa Salma akan menjadi juara Mentor bagi musim ke lima ini. Tapi apa yang berlaku semalam, memang mengejutkan. apa tidaknya, Salma nyaris -nyaris menamatkan persaingan, dan kalau diikutkan, markah keseluruhan salma hanya mampu meletakkannya di tangga ketiga. Nasib baik, TV3 membuat keputusan akan menyenaraikan 3 finalis untuk bertanding ke final. eT rasa, lagu2 yang di bawa oleh Salma pada 2 pusingan separuh akhir ini memang tidak tepat. ini lah membuatkan undian markah Salma tidak memberasangkan. pendapat eT, Erra sepatutnya dengan yakin memilih lagu2 yang boleh memberikan cabaran kepada pesaing lain. Dengan vokal Salma yang mantap, kenapa tidak?. seperti lagu listen, (beyonce) sure lagu ini boleh menonjolkan kelebihan Salma dari yang lain. Apa pun, terima kasih kepada tv3 sebab "menyelamatkan" Salma.
eT harap, pada Final nanti Salma akan memberikan persembahan yang mantap, seperti pada awal pertandingan musim ini......
(GAMBAR)Syahrini Yang Nakal..
Nakal sungguh artis Indonesia, Syahrini ini. Mungkin sebab kecewa kekasihnya Anang diambil orang. Mungkinkah Syahrini sedang berlatih menjadi the new Kris Dayanti. Aum ~~~~~~
Lagi beberapa keping gambar nakal Syahrini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Pesan Abang Nara, pss pss pss, kamu jangan nakal (sambung sendiri)
Pelakon Baru Naemah...
Siapa pelakon baru ni erk, Naemah nama dia. Admin amin gambar ni dari ManggaOnline. Agak terkejut sedikit sebab kiranya seksi jugalah Naemah ni, pakai bra sambil nampak tutzzz.. Tak boleh sebut tue.. Hehe. Siapa-siapa kenal Naemah ni, kongsikan disini, admin tak dapat cari info mengenainya, dan admin pun jarang tengok drama-drama melayu, tengok bola sepak bolehlah. sumber_izyan




Filem Kongsi kutip 8juta!!
Dengar-dengar filem Kongsi lakonan Shaheizy Sam telah mengutip kutipan sebanyak RM7 juta lebih dalam masa seminggu tayangannya bermula minggu lepas. Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat membrangsangkan. Apatahlagi filem ini dibintangi oleh pemenang pelakon popular. Mestilah ramai peminatnya kan. Dari sudut promosi, admin rasa tidak juga kureng hebatnya. Poster dia mak ko, macam hollywood, smart giler. Filemnya pun lagi best.
Apa-apa pun tahniah lah kepada semua krew produksi filem berkenaan, boleh sampai target RM10 juta ni rasanya. Baguslah kalau macam tu, kaki wayang ni nak tengok filem tempatan yang lebih hebat dan ada kemajuan, dan Kongsi sudah pun mencapai tahap tu. Teruskan support filem tempatan yer. Macamana pula dengan Nur Kasih, promosi tahap maksima tue, TV3 support sepenuhnya~..
Bila Hafiz AF bergaduh..
Wah bukan main lagi berita yang dipetik dalam portal Murai baru-baru ni. Apa lagi kes gaduh lah. Kes yang melibatkan Hafiz AF dengan seorang floor manager untuk sebuah program talkshow baru-baru ini. Bukan main dasyat lagi dah bila Hafiz bergaduh, siap kena tolak tue floor manger, kedebuk macam buah nangka da. Pergaduhan ini cuma diberitakan sampai itu sahaja, tumbuk-tumbuk, terajang-terajang takde pulak diceritakan.

-gambar Hafiz dengan Adira
Namun kesahihan berita ini belum lagi dipastikan oleh empunya badan, Hafiz. Sebab mungkin daripada sumber orang yang meyaksikan kejadian itu kot. Selain itu motif sebenar dikatakan berpunca daripada seorang wanita. Tak tahulah, mungkin Hafiz nak jadi superhero nak selamatkan wanita berkenaan daripada di cabul, hehe, men2 jak erk.. :)
:-sumber Izyan

Namun kesahihan berita ini belum lagi dipastikan oleh empunya badan, Hafiz. Sebab mungkin daripada sumber orang yang meyaksikan kejadian itu kot. Selain itu motif sebenar dikatakan berpunca daripada seorang wanita. Tak tahulah, mungkin Hafiz nak jadi superhero nak selamatkan wanita berkenaan daripada di cabul, hehe, men2 jak erk.. :)
:-sumber Izyan
SURIA FM masih nombor 1 di Malaysia!!
Suria FM mencatatkan keputusan luar biasa bagi kaji selidik radio Nielson pertama tahun 2011. Keputusan membuktikan bahawa kedua-dua stesen berbahasa Melayu dan Inggeris ini berjaya kekal sebagai peningkatan jumlah pendengar tertinggi. Suria FM menunjukkan pertumbuhan peningkatan tahun ke tahun tertinggi bagi stesen radio Melayu yang mana kenaikan jumlah pendengarnya ialah sebanyak 48% dan 103% bagi pendengar eksklusif.
Kedudukan radio Suria FM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan peningkatan yang ditunjukkan setiap hari. Melihatkan kepada persembahan yang ditunjukkan, segment Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi meningkat sebanyak 81%, Suria Drive bersama Linda Onn pula meningkat sebanyak 62% dan segment 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti dari jam 8 malam – 11 malam bersama Tyzo meningkat tinggi sebanyak 77%.
Jumlah pendengar di kalangan penduduk sekitar bandar meningkat sebanyak 63% dan 40% peningkatan bagi pendengar dari kategori pekerja kolar putih. Kajian kali ini juga menunjukkan pendengar yang berpendapatan diantara RM2000 hingga RM5000 semakin bertambah sehingga 36%.
Kedudukan radio Suria FM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan peningkatan yang ditunjukkan setiap hari. Melihatkan kepada persembahan yang ditunjukkan, segment Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi meningkat sebanyak 81%, Suria Drive bersama Linda Onn pula meningkat sebanyak 62% dan segment 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti dari jam 8 malam – 11 malam bersama Tyzo meningkat tinggi sebanyak 77%.Jumlah pendengar di kalangan penduduk sekitar bandar meningkat sebanyak 63% dan 40% peningkatan bagi pendengar dari kategori pekerja kolar putih. Kajian kali ini juga menunjukkan pendengar yang berpendapatan diantara RM2000 hingga RM5000 semakin bertambah sehingga 36%.
Gambar pertunangan Khairul Fahmi
Siapa tidak kenal dengan goal keeper yang membawa nama Malaysia dalam dunia bola sepak dekat dimata peminat. Khairul Fahmi lah, saper lagi. Orang ni walaupun bukan selebriti tapi namanya sudah popular giler kat seluruh Malaysia. Ramai wanita-wanita suka kan Khairul, ada juga nak bawa couple kalau boleh. Tapi malangnya kepada wanita-wanita yang suka kan Khairul ni, sebab Khairul dah pun bertunang dengan pasangannya Elia yang manis bertudung pada 17 Mei yang lalu. Pertunangan ini berkonsepkan 'arabian'. Tahniah lah kepada kedua-dua mempelai ni. -Gambar JejariRuncing.
















Subscribe to:
Posts (Atom)



