Home

Thursday, 24 March 2011

menambah tahap kelajuan blog anda

Masa yang singkat untuk memasuki sebuah blog sangat-sangat penting bagi teknik Search Engine Optimization(SEO). Google tidak akan sama sekali meletakkan blog yang berat dalam senarai carian pertama mereka.Blog yang berat punca kepada hilangnya visitors kerana blog terlalu lama loading sebelum visitors sempat membaca kandungan entri anda.Berikut adalah beberapa tips mudah untuk lajukan blog anda.

1. Gunakan HTML color

Pastikan anda menggunakan HTML color untuk background blog.Jangan sesekali guna imej photoshop dan sebagainya untuk background blog kerana imej tersebut mengambil masa yang lama untuk loading berbanding HTML color. Contoh html color.klik disini

2. Hosting image ke blogspot

Bila anda ingin letak gambar dalam entri, pastikan upload imej tersebut ke blogspot image.Jangan guna imageshack kerana permintaan URL agak perlahan untuk gambar yang dihostkan ke imageshack.

3. Kedudukan widget javascript

Jika anda ingin letak widget javascript seperti alaxe widget,live feed traffic,shoutout mix dan lain-lain.Pastikan anda meletakkan widget tersebut kat bawah bahagian blog.Ini untuk memudahkan blog anda loading terlebih dahulu sebelum widget tersebut.Korang tahukan yang widget javascript ni lambat loading.

4. Halaman utama

Elakkan halaman utama blog anda yang panjang berjela-jela sehingga 10-20 entri pada halaman tersebut.Letak 3-4 entri pada halaman utama dah memadai.

5. Auto Play Music(lagu pada blog)

Lagu yang dipasang pada blog akan menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan internet yang perlahan seperti broadband. Pada kelajuan internet yang slow, lagu tersebut tidak dapat buffer dengan cepat dan menyebabkan lagu tersekat-sekat.

6.Elak animasi flash pada blog

Jangan gunakan header atau animasi flash pada blog kerana ianya sangat berat.Semua orang inginkan animasi flash pada blog kerana ianya menarik tetapi penggunaan flash agak melembabkan blog.

Anda boleh semak kelajuan blog anda disini. Jika kelajuan blog anda dibawah 4 saat.Blog anda dikira dah laju.

No comments:

Post a Comment