Home

Tuesday 29 March 2011

Kubu C raja Pop

LOS ANGELES: Kematian Raja Pop, Michael Jackson terus diselubungi misteri, termasuk ketika majlis penghormatan terakhir dilangsungkan malam kelmarin.
Ketika keranda berwarna keemasan muncul di Staples Center di tengah Los Angeles, orang ramai terus tertanya-tanya sama ada mayat Michael memang ada di dalamnya atau tidak.

Ramai menjangka mayat itu akan ditanam secara tertutup di kawasan Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, sebelum majlis berkenaan dilangsungkan.
Selepas keranda itu dibawa masuk ke Staples Center, tanda tanya terus timbul apabila a dibiarkan di situ, menyebabkan timbul spekulasi baru mengenai tapak kubur sebenarnya.
Ketika sesetengah peminat pula percaya mayat Michael dibawa ke tempat lain secara rahsia, pihak lain pula berkata, ia mungkin ditanam keluarganya sebelum majlis penghormatan itu dilangsungkan.
Malah, mereka yakin keranda keemasan itu sebenarnya kosong.
Semalam, salinan sijil kematian Michael menyatakan Tanah Perkuburan Forest Lawn itu hanyalah tempat simpan ‘sementara’ untuknya.
Sumber berkata, keluarga Michael mungkin akan meneruskan rancangan untuk menyemadikan Michael di kediaman mewahnya, Neverland, di Santa Barbara, California.
Cadangan awal keluarga Michael sebelum ini ditolak pihak berkuasa kerana undang-undang melarang sebarang mayat ditanam di luar kawasan perkuburan tanpa kebenaran khas.
Kemungkinan lain, mayat Michael akan dibakar dan abunya ditaburkan.
Turut tidak ditolak, pihak berkenaan mungkin membina makam khas untuk membolehkan peminat Michael datang menziarahinya selepas ini.
Sehingga semalam, tiada sebarang pengesahan diberikan keluarga Michael mengenai lokasi sebenar ikon pop itu dikebumi. – Agensi

No comments:

Post a Comment