Seekor katak ganjil yang mempunyai seakan-akan tanduk di kepalanya menjadi tumpuan orang ramai di sekitar daerah Baling.
Katak berwarna kelabu ini ditemui seorang pemanjat gunung Mohd Khir Johari Mad Zin, 45, ketika mencari hasil hutan di Gunung Baling pada 26 Disember lalu.

Mohd Khir memberitahu BERNAMA, beliau tidak menyangka spesis yang ditemui itu katak, kerana tidak pernah menemuinya sebelum ini walaupun telah lama mendaki Gunung Baling.
Katak seberat hampir 300 gram itu tidak diketahui jenisnya itu kini disimpan di dalam balang kaca di rumahnya di Bengkel IKS KEDA Baling.

Walaupun ada pembeli menawarkan harga lebih RM200 untuk membeli katak itu namun beliau enggan menjualnya kerana mahu pihak tertentu membuat kajian lanjut mengenai spesies katak itu.
Malah beberapa penduduk warga emas yang ditemui di sini mengakui tidak pernah melihat katak seperti itu sebelum ini walaupun sering mendaki Gunung Baling untuk mencari pokok Paku Aji dan tumbuhan untuk ramuan ubatan tradisional.

No comments:
Post a Comment