Home

Friday, 1 April 2011

"Dato" Ac Mizal menipu "downline"

Luahan Peminat: Bersembang dengan seorang teman semalam, keluarlah topik mengenai penglibatan beliau dlm sistem MLM. Terkejut juga saya apabila beliau memaklumkan sudah ditipu oleh AC Mizal (kini bergelar Dato' Pahang) melibatkan ribuan ringgit. Agak mustahil untuk dipercayai kisah beliau apabila perkara ini melibatkan selebriti. Takkan la seorang yang dikenali, berani untuk menipu? Mana AC mau lari? Apa kejadahnya semua ini?

Hasil dari siasatan lanjut saya, teman saya memaklumkan dia telah mendaftar diri sebagai peserta MLM gelang AC Mizal kira-kira setahun yang lalu. Isu yang timbul ialah beliau masih belum mendapat sebarang pulangan sepertimana yang telah digembar gemburkan semasa ceramah produk. Mengikut AC, peserta hanya perlu mendaftar dan membeli gelang sahaja, manakala pihak syarikat AC akan menjalankan tugas2 promosi dan mencari kaki-kaki untuk diletakkan di bawah si pembeli tadi. Sistem komputer pula akan meletakkan pelanggan-pelanggan baru secara automatik di bawah kawan saya tadi mengikut sistem piramid. Pulangan akan mula diperolehi apabila piramid lengkap terbentuk.

Apabila saya bertanya kepada teman, sudah berapa ramai AC letakkan orang di bawahnya, beliau menjawab sudah ada kira-kira 1000 lebih peserta. WOW! Mengikut perkiraan, teman saya itu sepatutnya sudah menjadi kaya dan mampu membeli ferrari seperti AC, tetapi jawapan yang diberi beliau, AC hanya mengisi nama2 peserta baru secara automatik secara menegak di sebelah kiri sahaja. Maksudnya, walau sejuta orang pun di daftarkan di bawah beliau, tetapi sampai kiamat pun piramid takkan terbentuk! SO SEKARANG NI GELANG KEMANA, DUIT KEMANA, AC DIMANA..

Helang botak sambar burung kuang



SEEKOR burung helang menyambar burung kuang di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.


DAKOTA SELATAN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang jurugambar kelahiran Britain, Chris Bailey berjaya merakam beberapa gambar seekor helang botak besar yang kelaparan menyambar burung kuang di kawasan salji di sini untuk dijadikan makanan, lapor sebuah akhbar semalam.
Salah satu gambar tersebut merakam aksi dramatik helang botak menyambar burung kuang itu dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya sebelum terbang tinggi.
Bailey, 54, yang terkejut pada masa itu cuba menjejaki helang botak yang membawa burung kuang tersebut ke kawasan berdekatan sebelum menjadikannya sebagai makanan.
Menurut Bailey yang bekerja sebagai pengarah servis Ford, dia sedang merakam gambar salji yang menutupi keseluruhan sebuah padang di sini.
"Tidak lama kemudian, saya menyaksikan helang botak yang cuba menyambar burung kuang berada di sana. Kejadian ini berlaku pada masa dan tempat yang tepat di depan mata saya," jelasnya.
Helang botak yang memiliki sayap berukuran 2.44 meter boleh terbang dengan kelajuan 72 kilometer sejam dan boleh hidup sehingga 30 tahun. - Agensi

Top 10 Blinged Gadgets.. koleksi org kaya-kaya..


10. GOLD USB STICK- $3500

Want to flaunt your riches at work? Then this USB stick in gold with diamonds studded on it is apt. Owning bejeweled gadgets is the latest trend of the uber-rich guys. It’s a way of saying, “how rich I am!”

9. KODAK EASYSHARE V570 SPECIAL KWIAT DIAMOND EDITION – $20,400

In line for the Oscars, Kodak had made a few special cameras just for the Best Actress nominees. These special versions of the Kodak Easyshare V570, came with studded diamonds on the housing of the camera, in the shape of the actress's initials. Kodak also proved that digicams are as worthy of bling as iPods, cellphones and laptops.

8. DIAMOND ENCRUSTED GAMEBOY – $25,000


Fashioned from 18k solid gold, with diamond accents on the control buttons, this Gameboy is made for pure glamour. It also has paved diamond set around the display screen. The package includes original cables and extra game cartridges, original blue leather display cartridges. Let the games shine!

7. WORLD’S MOST EXPENSIVE MOUSE WITH DIAMONDS – $25,030

Click away merrily with this mouse that is almost entirely made out of 18k white-gold, and has 59 brilliant cut diamonds (2 carats) in the shape of a flower on the top of the mouse. And if you don't like flowers then Swiss manufacturer Pat will arrange the diamonds in a pattern of your choice. See what money can buy?

6. DJ PRESIDENTIAL MP3 PLAYER- $44,000

This mp3 player from Douglas J is believed to be the most blinged as well as expensive mp3 player in the world. Created by singer Xavier Aeon, the Presidential is adorned with diamonds in the configuration you choose. It is covered in either white or yellow gold. It has a 1GB drive and plays videos and works with MP1, MP2, MP3, MPX, JPG, WMA, ASF, WAV, and AV formats.

5. GOLD PLATED LG TV – $132,000

Plasma might seem to be on the losing side of the LCD versus Plasma battle, but LG 71PY10 plated in Gold has boosted its overall status. Standing at 71 inches, this dazzling screen offers 1080p full high-definition (1920 x 1080) resolution. The special model is not only decorated with 24-K gold, but also offers several package items that include a 600W home theatre system and a terrestrial digital broadcast receiver. It was produced in limited number of 10000 units. But the world needs more!

4. BLACK DIAMOND SMARTPHONE – $300,000

This cell phone is subtly blinged. However I’m sure none of this cell phone is up in the market for sale as it was created in a very limited number of 5 only. Manufactured by Swiss company VIPN, Singapore-based industrial designer Jaren Goh has presented this rendering of an ultra stylish high-end Sony Ericsson, dubbed Black Diamond. It features Windows Mobile 5.0-powered handset features a 2-inch display, 400MHz XScale processor, Bluetooth, Wi-Fi, 128MB of internal memory, an SD memory card slot, and a touch-sensitive keypad. It’s the borderless screen that takes the cake away! 

3. VERTU SIGNATURE COBRA – $310,000

Cobra is the king of the snakes and so is Vertu Signature Cobra the king of the cell phones. To make it more exclusive, it had been offered in a limited edition with a total of eight phones up for grabs. Not very high on features, this phone has only the precious stones on it to boost its price tag! Designed by the French jeweler Boucheron it features one pear-cut diamond, one round white diamond, two emerald eyes and 439 rubies.

2. OTAZU EGO NOTEBOOK –$350,000

Diamonds speak more then words. So all you have to do is order an Otazu Ego NoteBook from Tulip and sit back watch the reaction of your ladylove. This handbag-shaped notebook is studded with 470 flawless diamonds that adorn the Otazu Ego model in tulip, heart, and Otazu logos. It also features a 12.1? WXGA widescreen display, a front-loading CD/DVD player and burner that can be used without booting up the notebook. You can even engrave a personalized phrase. That said, design like this comes at a premium and with the renowned Dutch jewellery maker Rodrigo Otazu (who has designed jewellery for the likes of Britney Spears and Kelis) being directly involved in the Ego Diamond’s design, you just know that the premium is going to be nothing short of rather spectacular.

1. A MILLION DOLLAR JEWELRY PC BY MONEUAL LAB – I ALREADY MENTIONED THE PRICE IN THE TITLE

I know it’s not that appealing but since it is caked with opulent elements like real diamonds and other precious jewels, it makes it to my list. Moneual Lab announced three jewelry PC systems designed by Jewelry designer, Lee Buckingham and built for a few valuable customers. Of the three, Moneual Renaissance costs about one million dollars! The enclosures are covered with the most expensive blue Sapphires, Topazes, Rubies, Diamonds, and other gemstones. The Renaissance system in 18K white and yellow gold is decorated with fine Rubies on the front panel of the system. The million dollars system features AMD Athlon64 FX processor, 8GB SAMSUNG system memories, 2 terra byte HDD (RAID), blue-ray drive, silent cooling fan from Zalman, a digital home motherboard from ASUS, HDMI capable graphics card from AMD-ATI, two PCI HDTV cards from SIGMACOM, and Windows Vista Ultimate Edition from Microsoft.

pelik tapi benar... ya kahh??

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.

Sungai Paling Seram Di Dunia!

Sungai GANGGA di india merupakan salah satu sungai yang agak seram di asia. Sungai tersebut merupakan tempat yang suci bagi masyarakat india disana dan upacara keagamaan selalu diadakan.
Upacara pengebumian turut dilakukan disungai tersebut dimana abu mayat yang telah dibakar akan ditabur kedalam sungai.
Namun, ada juga mayat yang tidak dibakar malah dibiarkan terapung dan menjadi busuk.
Apa yang pelik kat sini, masyarakat india disana masih lagi bermandi-manda walaupun tahu sungai tersebut dicemari bangkai manusia.
Mayat yang terapung
Mandi bersama mayat yang terapung
Bangkai mayat manusia yang dimakan anjing!!

Lady gaga tak pakai?....

LADY GAGA TAK PAKAI COLI

Lady Gaga memang cukup sinonim dengan artis yang penuh dengan kontroversi.Lady Gaga juga lebih suka membuat konsert dengan penampilan fesyen yang unik.Untuk persembahan Lady Gaga di London tahun lepas, penonton dikejutkan dengan fesyen artis tersebut tanpa memakai coli.Bagi Lady Gaga, dia selesa dengan pakaian terdedah seperti itu.
 
 
 

Lagi fakta..tahukah anda..

Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya.
Beliau mengunakan air teh utk berkumur danakan mengunyah
daun teh mentah utk membersihkan giginya.
Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56
km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua
bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu
digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan
mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi
tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam
sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari.
Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari
berlanggar denga planet Neptune.
Di Albania, menggelengkan kepalabermaksud'ya' dan menggangguk bermaksud tidak, Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. kandunganemas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup
kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah
sejauh 9 meter.
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan
tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula
dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-
beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan
tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.
Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada
memakan sesama sendiri

Lagi kisah benar tukang gantung...

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini.Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'.Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,' katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,' katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh

ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.


Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan ilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilang kan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,' ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!

kisah seram ttg penjara pudu.

KUALA LUMPUR: “Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara,” kata Pegawai Disiplin Penjara Tapah, Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55, menceritakan pengalaman bertugas di Penjara Pudu ketika ia masih digunakan bagi menempatkan banduan.

Sulaiman berkata, gangguan itu yang biasanya berlaku pada waktu malam bukan saja terjadi kepada pegawai bertugas, sebaliknya turut dialami kebanyakan banduan yang melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan berjalan di tengah bahagian penjara hinggakan ada antara mereka yang terbabit dalam jenayah ganas turut diam dan tidak berani menegur.

“Sebenarnya, banyak kali gangguan seumpama itu berlaku di kalangan kakitangan penjara serta banduan, namun kebanyakan kami buat tidak kisah dan tidak mahu memperbesarkan hal itu kerana takut mengganggu tugas anggota lain, terutama yang baru berpindah ke sana.

“Bila mereka (pegawai baru) sendiri menceritakan gangguan dialami, baru kami berkongsi cerita mengenai gangguan yang pernah kami alami,” katanya.

Sulaiman yang bertugas 17 tahun di Penjara Pudu sebagai wardar penjara sebelum ditukar ke Penjara Tapah sebaik operasinya ditamatkan berkata, jauh sekali dirinya untuk mempercayai kewujudan makhluk halus di dalam bangunan berkenaan namun percaya, setiap yang terjadi adalah atas ketentuan Allah.

“Jika saya kata saya percaya memang wujud makhluk halus di situ, nanti orang beranggapan saya syirik pula, tapi itu antara kejadian yang saya serta rakan anggota lain alami.

“Cerita ini saya kongsi bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi ia antara kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang berkhidmat di sana, terutama apabila mengetahui Penjara Pudu yang memenjarakan puluhan banduan itu bakal dirobohkan sepenuhnya bagi dibangunkan untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Menurut Sulaiman, sepanjang bertugas di penjara yang pernah memenjarakan ribuan penjenayah ganas dan berbahaya seperti Botak Chin dan Batang Kali, beberapa kawasan di dalam penjara boleh dianggap keras, dipercayai menjadi laluan makhluk halus.

Katanya, beberapa tempat berkenaan membabitkan kawasan tangga, pintu masuk ke bilik tidur kakitangan dan bilik akhir (bilik penggantungan).

“Ketika saya mula-mula bertugas pada waktu malam selepas seminggu ditukarkan ke Penjara Pudu, pernah beberapa kali saya terasa seperti ditolak dari bahagian belakang, sedangkan ketika itu saya bertugas meronda sendirian.

“Waktu mula-mula terkena gangguan berkenaan, saya ingatkan saya tersalah langkah, tetapi bila beberapa kali terasa seperti ditolak, ditendang serta ditumbuk, saya terus tidak duduk di kawasan itu, melainkan jika waktu meronda saja,” katanya.

Sulaiman berkata, pernah satu ketika, beberapa banduan turut menceritakan beberapa kali melihat kelibat lelaki berjalan di tengah-tengah bahagian penjara sebaik mereka mahu melelapkan mata dan apabila diteliti, lelaki itu bukan kakitangan penjara.

“Cerita ini disampaikan oleh beberapa banduan kepada saya sewaktu bertugas di sana, di mana mereka mendakwa beberapa kali melihat seorang lelaki dengan wajah mengerikan berjalan di tengah-tengah laluan sel tahanan mereka.

“Pada mulanya mereka beranggapan ia adalah wardar yang meronda tetapi bila diamati, lelaki itu mempunyai wajah mengerikan, menyebabkan mereka yang terkena gangguan itu tidak jadi menegur, sebaliknya mendiamkan diri saja,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Abu Bakar Juah, yang pernah berkhidmat sebagai Inspektor Penjara selama 11 tahun di Penjara Pudu sebelum ditukar ke Penjara Kajang sebagai Pengarah Penjara turut mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan Penjara Pudu sebelum lenyap dengan sendiri.

Menurut Abu Bakar, peristiwa melihat bebola api berterbangan dari hujung blok yang menempatkan banduan itu antara kenangan pelik yang pernah dialami sepanjang bertugas di sana.

“Sebenarnya saya susah hendak percaya perkara mistik dan tahyul, tetapi kejadian melihat bebola api terbang itu menimbulkan perasaan pelik.

“Waktu itu saya bertugas seperti biasa dan secara tiba-tiba terasa satu perasaan pelik, menyebabkan saya menoleh ke arah blok tahanan banduan sebelum melihat bebola api yang marak membakar terbang melintas blok hinggalah ia hilang dengan sendiri,” katanya.

Menurut Abu Bakar, peristiwa itu masih menjadi tanda tanya kepadanya hingga ke hari ini berikutan di kawasan penjara sebarang benda berbahaya, termasuk yang mampu mencetuskan api, adalah dilarang.

“Mahunya tidak pelik, mana mungkin banduan boleh mencetuskan api sedangkan semua benda yang dikategorikan berbahaya dilarang sama sekali di dalam penjara dan lebih membuatkan saya musykil, ia terbang dalam keadaan sangat laju sebelum hilang,” katanya.

Selain itu, Abu Bakar berkata, insiden lori tangki minyak yang hidup tiba-tiba sebelum bergerak juga antara peristiwa misteri dialaminya serta beberapa kakitangan penjara lain.

Menurut Abu Bakar, lori itu yang ditempatkan di kawasan simpanan kenderaan Penjara Pudu yang terletak di tengah-tengah pintu masuk itu secara tiba-tiba bergerak sejauh lima meter sebelum berhenti dengan sendiri.

Katanya, apabila anggota bertugas memeriksa lori berkenaan, mereka tidak menjumpai sesiapa dan lebih pelik lagi bagaimana enjinnya boleh dihidupkan sedangkan kunci kenderaan itu masih tersimpan di pejabat.

Menurutnya, walaupun gangguan berkenaan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, kerja-kerja merobohkan bangunan itu untuk didirikan pusat komersial lebih membuatkan dirinya berasa sedih.

“Namun perkara ini saya anggap ada kebaikannya kerana jika tidak dibangunkan, ia memang satu kerugian dan jika dirobohkan pula bangunan (Penjara Pudu) itu, nilai sejarahnya juga turut hilang.

“Jadi, bagi mengekalkannya pada masa sama, saya harap pihak berkaitan dapat mendirikan satu monumen bagi mengenang semula kawasan itu yang pernah menempatkan sebuah penjara yang menahan ribuan penjenayah berbahaya,” katanya.

Tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter dengan ketinggian 4.5 meter terpaksa dirobohkan Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja pembinaan laluan bawah tanah dan pelaksanaan jalan raya di persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.

kisah benar Tukang gantung pesalah

SEBUT saja hukuman gantung, ramai yang berasa gerun. Bagaimana pula jika bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang tugasnya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau sudah menggantung 103 banduan lelaki dan wanita termasuk kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping.

揃ukan mudah mahu mengambil nyawa orang,� kata pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa berusia 48 tahun dan sudah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentu bukan tugas glamor.

揝aya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja itu, maknanya kita sudah sampai pada peringkat akhir, kalau belajar sudah sampai ijazah kedoktoran�, kata Samuel dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Beliau yang mula menjalankan tugas khas ini ketika berkhidmat di Pulau Jerejak yang juga menjalankan tugas sebat berkata, kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.

Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

揝aya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini sejak 1986 lagi, tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terbabit dan menjadi pembantu pada 1989,� jelasnya.

Sebagai pembantu, beliau bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman.

Banduan yang digari kedua-dua tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain 慼ood� akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.

揃iasanya banduan yang akan digantung tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung,� tambah Samuel.

Beliau mengakui tidak dapat tidur ketika mula-mula menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung.

揝elepas 10 tahun, pengalaman sudah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang sudah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi),� cerita Samuel.

Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih 憈enang� dan diserang banduan yang agresif.

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka tentu akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutama kerana mahukan kesempurnaan tugas.

Ketika pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itu, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan.

Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti. 揔erja menyiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti,� katanya.

Tali gantung yang diimport ini dibuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang digantung. Setiap satu berharga RM4,000 hingga RM5,000.

Tali gantung ini ketika diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilogram selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

揝etiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,� jelas Samuel.

Antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan. Di Penjara Kajang umpamanya, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dan di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antarajam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

揔ita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung pada Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,� kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

揃iasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),� katanya.

Ketika banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga yang biasanya dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 憄erjumpaan terakhir.�

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 慼idangan terakhir� bernilai RM7.50.

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 憄ergi dengan rela� selepas menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

揗ereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang saja yang menjadi agresif sehingga saat terakhir.

揂da sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik daripada saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka sudah tak tahan lagi menunggu,� katanya.

Pada hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir