Home

Thursday, 31 March 2011

panas lagi... Marsha kantoi love bite??.

creta ni bukan lah baru, bukan jua lama sangat.... tp sa yakin ramai antara anda yg tak tahu hal ini..
dalam gambar ini terdpt love bite yg kelihatan agak jelas.. heheh


comel nye anjing..

comel tull anjing ni... tp ehh tuan nya.. bukan ker....
hahahahaaa

Bila Janda meletup terpengaruh dgn filem avatar...hehehe


 ok apa.. ngam sangat...

Panas!... Zizan terpegang dada Rosnah Mat Aris

salah satu adegan dalam filem "kapoww!!" di mana zizan terpegang dada artis veteran malaysia , Rosnah Mat Aris. pelik mengapa adegan ini di teruskan walhal bukan tak bole shoot balik (kalau alasan nya memang tidak sengaja). memalukan untuk mata yang melihat terutama kanak-kanak....



Psstt... sengaja kot dorng dua ni... hehhheheee :p

Wednesday, 30 March 2011

4 Tahun Hidup Bersama Pisau Di Kepala


Sepasukan pakar bedah di China telah berjaya mengeluarkan sebilah pisau yang tertanam didalam kepala seorang lelaki yang hidup bersama bilah pisau tersebut selama 4 tahun.




Mangsa Li Fuyan yang berusia 30 tahun sering mengalami sakit kepala, pernafasan yang busuk serta sukar untuk bernafas sejak bilah tersebut tertanam didalam kepalanya selama 4 tahun. 


Menurut Li Fuyan, dia telah menderita daripada keadaan tersebut sejak perompak yang ingin merompaknya menikam pisau dikepalanya manakala bilah tersebut patah dan tertanam didlam kepala.Bagaimanapun, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran bilah pisau tersebut adalah punca kepada kesakitan yang dialaminya selama ni.




Setelah 4 tahun, dia telah mengalami komplikasi yang kronik akibat daripada bilah pisau yang semakin berkarat.Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membuat x-ray dibahagian kepalanya dan terkejut apabila melihat sebilah pisau 10mm terbenam didalam kepala.Pihak hospital berhasrat untuk membedahnya secepat mungkin.Kini, ia bagaikan suatu keajaiban apabila Li Fuyan kembali hidup normal hingga kini setelah menjalani rawatan kemoterapi.

'Spiderman' takluki Burj Khalifa..

DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semalam.

Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya.
PEMANJAT Perancis, Alain Robert (dalam bulatan), memanjat bangunan Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai semalam.

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat.

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.

Pemuda mati ditikam bapa mabuk

Selasa 29 Mac 2011

SERI KEMBANGAN: Seorang bapa dalam keadaan mabuk menikam anak lelakinya sehingga mati hanya kerana ditegur berpakaian tidak senonoh di sebuah pangsapuri di Jalan Emas, Banting di sini, malam kelmarin. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam, apabila mangsa, Razak Kumar berusia 20-an yang juga pekerja kilang menegur bapanya yang pulang dalam keadaan mabuk serta berpakaian tidak senonoh. Akibat teguran itu, suspek berusia 40-an dikatakan naik berang dan berlaku pertengkaran antara anak beranak sebelum suspek mengambil pisau dari dapur dan menikam di dada anaknya.

Perak haramkan tarian poco-poco



TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama kristianOleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

10 keajaiban alam yang jarang diketahui manusia

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.

Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.


Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.



1. Pamukkale (Turki)


  


Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.



2.Fly Geyser (Nevada)


  


 
Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.




3. Valley of the Moon (Argentina)
  


Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.


4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)
  
 
Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.


5. Wulingyan, Hunan (China)
   


Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

Tuesday, 29 March 2011

Kereta Diraja Dan VViP


Maybach Seri Paduka Baginda Yang D-Pertuan Agong


Maybach YDP Sarawak
Maybach Sultan Kedah

Mercedes Raja Perlis
Mercedes YDP Melaka

Roll Royce Phantom Sultan Selangor

Kerabat Diraja Johor

Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor
Kerabat Diraja Johor