Home

Tuesday, 3 May 2011

empangan mega

Empangan Bakun : Realiti dan Fantasi

Sejak aku kecik kot aku dah taw akan projek empangan hidro yang paling besar pernah dibina manusia nie dilakukan di Sarawak. empangan bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang  merentasi sungai balui di sarawak. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia pada masa permulaan pembinaanya. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri China. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun penghujung tahun depan.



Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasiLaut Cina Selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. selain itu tenaga yang dihasilkan oleh empangan nie boleh membekalkan tenaga elektrik sehingga ke thailand jauhnya.. perghh!! gilerr lah!!

Untuk maklumat korang projek mega tahap gaban yang menelan belanja berbillion ringgit nie bukan takat setahun dua jagung jerk perancangan dia.. tapi ia sudah dirancang sejak tahun 1960an lagi.. so.. bayangkan berapa ramai orang menghabiskan usia dek nak bina empangan sebesar gaban nie..?? setakat nie saja ada lebih kurang 6 ribu pekerja yang sedang bekerja untuk menyiapkan empangan bakun nie.



berpuluh tahun dihabiskan bukan satu syarikat jerk yang menjadi tenaga projek nie.. berpuluh syarikat jatuh bangun dek nak siapkan empangan nie.. so jgn besok bile siap sime darby yang dapat name udah lew haha.. ingat lah orang-orang yang terdahulu same..

Jom lah tengok fakta-fakta menari tentang empangan gaban nie yang sempat aku rembat kat wikipedia.

  • Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis CFRD yang tertinggi didunia dengan tinggi 205 m.
  • Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
  • Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
  • Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
  • Empangan utama


    • Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.
    • Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.


    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
    • 8 set janakuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8janakuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8pembolehubah bersaiz 360 MVA sebuah.


                                      * nie empangan Three Gorges~!!!  empangan paling besar dalam plenet bumi ketika nie.. kalo korang nak taw.. baru2 nie pihak berkuasa china terpaksa melepaskan air dari empangan nie sebab terlampau penuh.. ia menyebabkan bencana banjir dibeberapa buah wilayah dichina dan mengorbankan beribu orang disana.. korang bayangkan kalo semua atau empangan nie pecah.. ..?? tsunami dari daratan tu..

No comments:

Post a Comment