Home

Thursday, 5 January 2012

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan muat-turun

Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk "mendownload".Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.
Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.
power-options-settings
Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses muat-turun berjalan.

No comments:

Post a Comment

Share it