Home

Thursday, 8 September 2011

Buaya gergasi Di Tangkap Hidup-Hidup



Seekor buaya air masin sepanjang 21 kaki panjang telah di tangkap oleh penduduk kampung dan pakar penangkap buaya di Bunawan Filipina, Ahad lepas. Buaya ini dianggarkan seberat hampir satu tan di katakan telah membunuh banyak binatang ternakan di kampung tersebut kebelakangan ini.

Ini adalah seekor buaya yang paling besar pernah di tangkap hidup-hidup menggunakan perangkap sturder kabel keluli. Kira-kira 100 orang dewasa di perlukan untuk menarik buaya tersebut selepas ianya terperangkap pada jaring keluli tersebut.

Buaya tersebut berkemungkinan akan di pamerkan di Taman Eco Pelancongan yang di rancang akan di bina di sebuah pekan di selatan Filipina. Ianya di jangka menjadi sumber tarikan apabila Taman Eco Pelancongan itu di buka kelak.(AFP)

NOTA : Cuba membayangkan buaya Bujang Senang yang menjadi lagenda di Sarawak satu ketika dahulu yang telah menelan banyak mangsa termasuk manusia. Masih adakah lagenda tersebut di sungai Sarawak atau telah mati, saya sendiri kurang pasti? Tapi, apabila bercakap pasal buaya besar sebegini menjadikan saya fobia dengan sungai. kalau sungai di tempat saya, ok lah...

No comments:

Post a Comment